PM umum lanjutan moratorium, bantuan bank bersasar petang ini.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman berkenaan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar hari ini.

Pengumuman itu akan disiarkan secara langsung di televisyen pada pukul tiga petang ini.

Perkara itu dinyatakan melalui  satu poster yang dimuat naik di laman Facebook rasminya pagi tadi tanpa memberikan butiran lanjut.

Buletin TTKM difahamkan  ia adalah berhubung moratorium pinjaman bank yang bakal berakhir September ini, akan dilanjutkan.

Ini berikutan terdapat ramai peminjam yang berdepan kesukaran membayar balik komitmen pinjaman bulanan berikutan kehilangan kerja atau sumber pendapatan akibat dari kesan wabak covid-19.

Terdapat desakan dari pelbagai pihak supaya kerajaan melanjutkan moratarium tersebut untuk 6 bulan lagi. Antara yang mendesak perkara itu termasuklah bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng. -Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.