“Sis makan super ring lihat makcik harungi covid demi pendekar bugis” – Marina

Setiausaha Publisiti Wanita DAP Johor, Marina Ibrahim berkata beliau memakan keropok super ring apabila melihat gelagat makcik-makcik yang sanggup bersesak mengharungi covid-19  demi pendekar Bugis.

“Sis makan super ring sambil tengok acik-acik bersesak demi Pendekar Bugis..Covid pun sanggup mereka harungi demi sang pendekar.” – Marina Ibrahim

Beliau berkata demikian dalam satu ciapan di akaun twitternya.

Untuk rekod, jolokan ‘pendekar bugis’ merupakan gelaran troll untuk bekas perdana menteri, Najib Razak yang disabitkan semalam atas 7 kesalahan.

Semalam, ribuan penyokong Najib berkumpul di perkarangan kompleks mahkamah tinggi Jalan Duta, bersesak tanpa mengamalkan  penjarakan sosial 1 meter seperti yang disarankan kementerian kesihatan.

Pada satu ciapan yang lain Marina turut mendesak supaya penganjur perhimpunan tersebut didakwa kerana tidak mematuhi SOP  penjarakan sosial 1 meter seperti yang disarankan kementerian kesihatan.

“Penganjur perhimpunan pagi tadi memang harus didakwa. Bukan hanya menyokong pemimpin tanpa guna akal, buat perhimpunan pun tak guna akal.” -Marina Ibrahim

Dalam pada itu, Buletin TTKM turut mendapati perhimpunan politik yang tidak mematuhi penjarakan sosial turut dilakukan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir dan bakal perdana menteri terciduk, Anwar Ibrahim.

Pada 18 Julai, program BERSATU Blackout di Alor Setar dihadiri ribuan penyokong Tun Dr Mahathir dilihat bersesak-sesakan.

EdSVRQ0UwAc54Cp
Gambar kredit twitter Tun Dr Mahathir

Manakala program  Konvensyen KEADILAN pada hari Ahad, 26 Julai juga tidak mematuhi SOP penjarakan sosial 1 meter.

anwar ibrahim
Tangkap layar dari video di FB Anwar.

-Buletin TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.