DUN Sabah bubar. Pilihanraya negeri akan diadakan – Shafie Apdal

Ketua Menteri Sabah sebentar tadi mengumumkan Yang Di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin telah memberi perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Dalam sidang medianya hari ini, Shafie berkata Juhar menyatakan perkenannya dalam pertemuan pagi ini.

“Setelah buat surat semalam, saya bertemu dengan TYT untuk menyerahkan surat (permohonan pembubaran DUN).

“Selepas itu pagi tadi bertemu TYT dan TYT memperakui untuk membubarkan Dewan,” katanya dalam sidang media yang turut disertai beberapa Adun yang menyokongnya.

Dalam sidang media itu, Shafie turut menunjukkan sekeping surat dipercayai watikah pembubaran DUN dan berkata beliau akan menjadi ketua menteri sementara sehingga dua bulan bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan.

Semalam Musa Aman mengumumkan beliau mempunyai sokongan adun yang cukup untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.

Walau bagaimanapun, sehingga tengah hari ini tiada acara angkat sumpah diadakan. – Buletin TTKM –

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.