Maafkan saya, cuma bergurau – Setpol Kit Siang

Setiausaha politik ahli parlimen DAP Lim Kit Siang, Syahredzan Johan mohon maaf terhadap ciapan beliau yang mengundang kritikan orang ramai.

Tambahnya, beliau sepatutnya berfikir terlebih dahulu sebelum memberikan respon pada tweet pengguna afifdanbabi yang mempersendakan ibadah korban selain mengakui melakukan kesilapan.

“Untuk rekod, saya sudah minta maaf kerana saya respon sebegitu pada tweet @afifdanbabi itu.

Saya patut berfikir sebelum saya respon bila nampak kawan-kawan tweet macam tu. Saya dah padam juga tweet itu bukan untuk ‘coverline’ tapi sebab saya tidak mahu tweet saya yang silap terus ada.”

Beliau turut mengakui ciapan afifdanbabi itu adalah sesuatu yang tidak patut dan sewajarnya beliau tidak respon sebegitu dan bukannya bergurau dengan ciapan afifdanbabi tersebut.

“Saya tahu ia sudah i-screenshot pun. Memang tweet afifdanbabi itu tidak patut, dan sewajarnya saya tak respon sebegitu dan bukannya gurau dengan dia. Sebagai manusia saya memang takkan dapat lari dari kesilapan. Ini adalah pengajaran buat saya supaya berfikir sebelum tweet.”

Syahredzan berkata demikian pada satu komen yang dilakukannya di laman facebook TTKM. Walaubagaimanapun, komen tersebut kini sudah tiada dipercayai dipadam beliau.

ss

Sementara itu, pada satu ciapan di akaun twitternya, Syahredzan berkata insiden ini memberikan pengajaran kepada beliau supaya  berfikir dulu sebelum memberi respon kepada kawan yang membuat lawak bodoh.

 

Semalam, pada pagi hari raya korban, pengguna twitter afifdanbabi menaikkan ciapan  berkata beliau dan anaknya mahu memakai pakaian kostum (cosplay) Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Ciapan itu disambut pula oleh pengguna-pengguna twitter lain dengan mempersendakan ibadah korban tersebut.

Syahredzan Johon turut memberikan respon kepada ciapan itu.

116378542_2851939391703004_922085247301499245_n

114285342_2851939415036335_8673929229051844710_n

 

Hari raya korban merupakan hari  memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.