Polis serbu pejabat Al Jazeera KL

Polis menyerbu pejabat Al Jazeera di G Tower dekat Jalan Tun Razak berhubung dokumentari “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” yang mengkritik  cara kerajaan Malaysia menangani pendatang tanpa izin ketika wabak Covid-19.

Timbalan Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Bukit Aman mengesahkan serbuan itu berlaku sekitar jam 2 petang, lapor TMI.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan  sekurang-kurangnya dua anggota beruniform dan lima berpakaian preman telah menyerbu pejabat agensi penyiaran antarabangsa itu di Tingkat 27, G Tower di Kuala Lumpur, dan merampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan dalam penerbitan dokumentari tersebut.

Laporan lanjut menyusul – Buletin TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.