Polis menyerbu pejabat Al Jazeera di G Tower dekat Jalan Tun Razak berhubung dokumentari “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” yang mengkritik cara kerajaan Malaysia menangani pendatang tanpa izin ketika wabak Covid-19.
Timbalan Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Bukit Aman mengesahkan serbuan itu berlaku sekitar jam 2 petang, lapor TMI.
Sementara itu, Malaysiakini melaporkan sekurang-kurangnya dua anggota beruniform dan lima berpakaian preman telah menyerbu pejabat agensi penyiaran antarabangsa itu di Tingkat 27, G Tower di Kuala Lumpur, dan merampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan dalam penerbitan dokumentari tersebut.
Laporan lanjut menyusul – Buletin TTKM-