GENNEVA Malaysia Sdn Bhd, syarikat yang suatu ketika dulu popular dengan skim pelaburan emas, didenda RM450 juta setelah didapati bersalah melakukan pengub@han wang har@m dan pengambilan deposit secara har@m oleh Mahkamah Tinggi hari ini.
Menurut laporan The Edge Markets, Pesuruhjaya Kehakiman, Ahmad Shahrir Mohd Salleh juga turut masing-masing mengenakan dend@ RM1 juta kepada dua syarikat lain, iaitu Success Aptitude Sdn Bhd dan Ng Advantage Sdn Bhd, setelah mereka, bersama dengan Genneva Malaysia, didapati bersalah melakukan pengub@han wang har@m.
Secara keseluruhan, lapan individu, yang merupakan bekas pengarah atau penasihat Genneva Malaysia, Success Aptitude dan Ng Advantage, hari ini dijatuhi hukum@n penj@ra antara empat hingga sembilan tahun selain masing-masing didend@ antara RM1 juta hingga RM4 juta.
Individu tersebut adalah Tan Liang Keat, Lim Kah Heng, Ng Poh Weng, Philip Lim Jit Meng dan Ahmad Khairuddin Ilias, yang semuanya did@kwa melakukan pengambilan deposit secara har@m di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1984.
Tan, Kah Heng, Ng, Jit Meng, bersama Marcus Yee Yuen Seng, Chiew Soo Ling dan Yao Kee Boon, juga didapati bers@lah atas tuduhan pengub@han wang har@m berasingan di bawah Anti Pengub@han Wang Har@m, Pembiayaan Anti Kegan@san dan Hasil Aktiviti Har@m 2001 .
Ketiga-tiga syarikat itu dan lapan individu, yang did@kwa pada tahun 2013, didapati mengumpulkan sejumlah RM7 bilion deposit secara har@m dan mengubah wang har@m sebanyak RM4.5 bilion.
Ahmad Shahrir memerintahkan mereka yang disabitkan dengan pengambilan deposit har@m dan pengubahan wang har@m menjalani hukuman penj@ra berturut-turut, yang bermaksud sebahagian daripada mereka dihukum enam tahun kerana mengambil deposit har@m dan tiga tahun kerana pengubahan wang har@m, harus dipenj@ra secara keseluruhannya selama sembilan tahun.
Timbalan Pendakwa Raya Bank Negara Malaysia (BNM) Alvin Ong tampil bersama DPP Hardeep Kaur.
Sementara itu, semua tertuduh, kecuali Ng dan Ng Advantage, diwakili oleh Gooi Soon Seng dan Mohd Irzan Iswat. Ng dan Ng Advantage diwakili oleh Datuk Gobinath Mohanna @ Datuk Gobinath.
Ahmad Shahrir membenarkan mereka membayar jaminan esok sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Rayuan.
Sebelum ini dilaporkan bahawa BNM mula menyiasat Genneva kerana pengambilan deposit secara har@m. Mereka dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen tetapi hari ini didapati bersalah atas tuduhan mengambil deposit har@m dan pengubahan wang har@m.
Pada 1 Oktober 2012, serbu@n bersama telah dijalankan ke atas beberapa premis Genneva Malaysia Sdn. Bhd dan kediaman Pengarah-pengarah syarikat berkenaan oleh Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat berkaitannya sedang disiasat oleh agensi penguatkuasaan yang berkenaan kerana disyaki melakukan kesal@han termasuk mengambil deposit secara har@m, menjalankan pengub@han wang har@m, mengelakkan cukai, memberikan deskripsi p@lsu termasuk gambaran yang salah, melantik ejen tanpa lesen dan gagal mengemukakan dokumen berkanun.
Pada November 2012, Tun Dr Mahathir mempertahankan syarikat tersebut dan meminta Bank Negara untuk menarik kembali pembekuan aset syarikat tersebut.
“Saya tidak tahu apa yang salah dengan Genneva, mereka mendakwa mereka bukanlah skim piramid. Siasat dahulu, kerana jika kamu hentikan transaksi, duit rakyat akan tersekat dan mereka tidak dapat menggunakannya, mereka juga tidak dapat mendapat emas.. Mereka berhak mendapat layanan yang adil” – Tun Dr Mahathir
Mereka yang melabur di bawah skim pelaburan tersebut sebelum ini mengadu ada membuat pembayaran wang deposit tetapi tidak menerima emas seperti yang dijanjikan.
“Saya habis duit berpuluh ribu ringgit, akhirnya disontot. Lebur duit macam tu sahaja. Sakit hati betul. Ramai lagi yang mendapat nasib seperti saya. Harap wang kami dapat dikembalikan” – kata seorang pelabur kepada Buletin TTKM.
Emas Genneva yang diiklankan sebagai emas patuh syariah dilancarkan pada Disember 2010 oleh Tun Dr Mahathir sebagai tetamu kehormatnya. – Buletin TTKM-