Berita

Kantoi vaping dalam dewan rakyat: “Saya mohon maaf” – H20

By Buletin TTKM

August 06, 2020

Dewan Rakyat, 6 Ogos:  Ahli parlimen UMNO  Sembrong, Dato Seri Hishamudin Tun Hussien Onn memohon maaf berikutan tularnya video beliau terkantoi menghisap v@pe di dewan rakyat.

Menteri luar itu juga mengakui tabiat baharu beliau itu  dilakukan secara tidak sedar dan berkata tidak akan mengulanginya.

“Maaf, saya tidak perasan, ia adalah tabiat baharu. Saya memohon maaf kepada Dewan dan tidak akan mengulanginya” – Dato Seri Hishamudin Tun Hussien Onn

Beliau berkata demikian dalam satu ciapan di akaun twitternya.

Terdahulu, video berdurasi 8 saat beliau terkantoi itu tular di media sosial sejak tengah hari tadi.