Lim Guan Eng ke SPRM, kemungkinan ditahan.

Putrajaya, 6 Ogos- Setiausaha Agung DAP, Lim guan dipanggil ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya sebentar tadi  kemungkinan akan ditahan berhubung isu terowong Pulau Pinang.

Bernama melaporkan Lim Guan Eng dibawa ke premis SPRM itu dengan menaiki Toyota Vellfire pada jam 9.10 malam.

Setakat ini, belum ada kenyataan dari SPRM bahawa beliau akan ditahan.

Untuk rekod, Lim Guan Eng sebelum ini sudah tiga kali ke SPRM untuk beri keterangan berhubung kes ini dan beliau hadir pada ketiga-tiga sesi tersebut pada waktu siang hari.

Lim Guan Eng merupakan ketua menteri Pulau Pinang dari tahun 2008 sehingga 2018.

Buletin TTKM difahamkan SPRM menyiasat dakwaan kerajaan negeri membenarkan SPV projek Terowong Pulau Pinang untk menjual lebih awal (pre-sell) tanah milik kerajaan negeri bernilai RM3 bilion walaupun   pembinaan jalan tersebut tertangguh selama empat tahun.

Penyiasat SPRM juga dipercayai melihat isu kajian feasibiliti dan rekaan terperinci yang masih belum siap walaupun pembayaran sebanyak RM220 juta telah pun didakwa dibayar kepada SPV – Buletin TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.