Sahih: Guan Eng ditahan SPRM, akan didakwa esok atas dua pertuduhan

Putrajaya, 6 Ogos: Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia telah mendapat izin dari peguam negara untuk mend@kwa bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng berhubung kes projek terowong Pulau Pinang.

Menurut laporan FMT, beliau telah dit@han SPRM pada sekitar jam 10 malam tadi.

Menurut satu kenyataan SPRM, Setiausaha Agung DAP itu akan didakwa esok 7 Ogos 2020 di Mahkamah Khas R@suah, Jalan Duta pada jam 9 pagi manakala satu pertuduhan lagi di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 10 Ogos 2020 jam 10 pagi.

Terdahulu, pada jam 9.10 malam tadi, Lim Guan Eng dilihat masuk ke pejabat SPRM di Putrajaya dengan menaiki Toyota Vellfire berwarna putih.   – Buletin TTKM-

 

WhatsApp Image 2020-08-06 at 10.05.14 PM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.