DAP lancar tabung derma RM10 seorang untuk jamin Guan Eng

Parti Tindakan Demokratik, DAP melancarkan tabung derma RM10 seorang selama seminggu untuk menampung wang jaminan setiausaha agung parti tersebut, Lim Guan Eng.

Menurut satu kenyataan yang dinaikkan di laman facebook DAP,  wang jaminan yang perlu dibayar kepada mahkamah untuk menjamin Lim Guan Eng adalah berjumlah RM1 juta dan mereka telah melangsaikan pembayaran pertama berjumlah RM500,000.

“Pihak pendakwaan telah meminta wang jaminan RM2 juta dan Mahkamah telah membenarkan jumlah jaminan RM1 juta. Kami telah membayar RM500,000 dengan dana yang dipinjam dari penyokong dan perlu membayar RM500,000 lagi kepada Mahkamah pada hari Isnin. Lim menghadapi 2 tuduhan lagi dari SPRM pada hari Isnin dan Selasa minggu depan.

Tambah kenyataan itu,  wang derma yang dikutip itu nanti bukan sahaja digunakan untum membayar baki wang jaminan, tetapi untuk membayar semula jumlah wang yang dipinjam dari penyokong pada pembayaran pertama.

Oleh itu, kami melancarkan kempen derma dana selama 1 minggu bernilai RM10 untuk membayar jaminan Lim dan membayar balik jumlah wang yang kami pinjam. Kami percaya bahawa rakyat Malaysia akan memperjuangkan kebenaran untuk memastikan keadilan berlaku.”

Manakala lebihan yang diterima dari sumbangan tersebut kata kenyataan itu  akan disalurkan kepada Pilihan Raya Umum untuk memerangi kerajaan pintu belakang dan mengembalikan mandat kepada rakyat Malaysia yang memilih perubahan pada tahun 2018.

Pagi tadi, Lim Guan Eng didakwa di mahkamah Jalan Duta berhubung kes terowong Pulau Pinang. Menurut pertuduhan, Lim Guan Eng ketika menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, didakwa secara rasuah meminta bagi dirinya suatu suapan, iaitu, balasan berharga berupa 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperolehi kelak daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Untuk rekod, pada tahun 2016, DAP berjaya mengutip lebih RM1 juta dalam masa 24 jam dari penyokongnya untuk membayar wang jaminan Lim Guan Eng bagi kes pembelian banglo di bawah harga pasaran.

Kes itu kemudian digugurkan oleh Jabatan Peguam Negara pada tahun 2018 di bawah kerajaan Pakatan Harapan dan wang jaminan dikembalikan. – Buletin TTKM-

Berikut merupakan kenyataan penuh  DAP :

Bersama kita melawan pertuuhan politik Lim Guan Eng.

Bukan untuk pertama kalinya, Lim Guan Eng harus melawan tuduhan yang dilontarkan oleh mereka yang berkuasa di mahkamah. Dia kini didakwa kerana ‘meminta’ potongan 10% dari kuntungan dalam projek terowong bawah laut yang diberikan melalui tender terbuka dan dinilai oleh penjawat awam kerajaan Pulau Pinang dan persekutuan yang paling kanan.

Kontraktor yang tiba-tiba membuat tuduhan itu adalah orang yang sama sebelum ini dengan tegas mempertahankan kerajaan negeri kerana ketelusannya yang kompetitif. Beliau dengan bangga menyatakan bahawa dia tidak perlu ‘kaw-tim’ siapa pun di Kerajaan (negeri) untuk memenangi tender.

Pihak pendakwaan telah meminta wang jaminan RM2 juta dan Mahkamah telah membenarkan jumlah jaminan RM1 juta. Kami telah membayar RM500,000 dengan dana yang dipinjam dari penyokong dan perlu membayar RM500,000 lagi kepada Mahkamah pada hari Isnin. Lim menghadapi 2 tuduhan lagi dari SPRM pada hari Isnin dan Selasa minggu depan.

Oleh itu, kami melancarkan kempen derma dana selama 1 minggu bernilai RM10 untuk membayar jaminan Lim dan membayar balik jumlah wang yang kami pinjam. Kami percaya bahawa rakyat Malaysia akan memperjuangkan kebenaran untuk memastikan keadilan berlaku.

Sumbang RM10 kepada: “DAP Malaysia” @ Public Bank 3063828309. Sila ‘SHARE’!

Apa-apa lebihan yang diterima dari sumbangan tersebut akan disalurkan kepada Pilihan Raya Umum untuk memerangi kerajaan pintu belakang dan mengembalikan mandat kepada rakyat Malaysia yang memilih perubahan pada tahun 2018. – DAP 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.