“Ini dakwaan politik, jijik! Hendak fitnah dan cemar DAP” – Anak Guan Eng.

Anak Lim Guan Eng, Marcus Lim meyifatkan dakwaan ke atas ayah beliau sebagai satu dakwaan politik yang amat menjijikkan.

Menulis di facebooknya dalam tiga bahasa ( Melayu, Inggeris dan Mandarin), Marcus berkata peristiwa seperti ini telah pun dijangka akan belaku.

Ayah saya telah ditahan pada malam tadi . Secara jujurnya, sejak keruntuhan Kerajaan Pakatan Harapan, peristiwa seperti ini telah pun dijangka akan berlaku.

Rancangan mereka mudah, fitn@h dan tangkap pemimpin yang enggan tunduk kepada taktik k0tor. Motif mereka jelas, fitn@h dan cem@rkan DAP sebagai sebuah parti yang k0rup, untuk hancurkan PH sikit demi sikit. Jelas ini adalah dakwaan politik, dan tindakan ini amat menj1j1kan.

Beliau mengakhiri statusnya dengan berikirar akan “Lawan tetap Lawan” kerana  “Berani kerana Benar.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3403841149655402&set=a.201212216584994&type=3&theater

Sementara itu, isteri Lim Guan Eng, Betty Chew menaikkan status di facebooknya dengan berkata “Tuhan sedang memerhati” sambil menyertakan gambar hitam.

betty

Hantaran itu mendapat ratusan komen troll dari netizen. Antaranya ada yang bertanya adakah warna gelap tersebut adalah kerana lampu tidak dipasang di dalam terowong.

Hantaran itu kini didapati tidak dapat diakses dipercayai dipadam oleh Betty.

Pagi tadi, Lim Guan Eng, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Guan Eng, 60, merangkap setiausaha agung DAP itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Menurut pertuduhan, Lim Guan Eng ketika menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, didakwa secara rasuah meminta bagi dirinya suatu suapan, iaitu, balasan berharga berupa 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperolehi kelak daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

10 percent
Guan Eng didakwa meminta suapan 10% dari keuntungan projek terowong pulau pinang. 

Jumlah itu adalah sebagai upah bagi membantu syarikat milik Zarul dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Guan Eng berdepan dengan dua lagi pertuduhan yang akan dibacakan di mahkamah sesyen Pulau Pinang pada Isnin dan Selasa depan- Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.