Oleh : Editorial TTKM.
Malam semalam, Parti Tindakan Demokratik, DAP melancarkan kempen tabung derma seorang RM10 selama seminggu untuk menampung wang jaminan Lim Guan Eng berjumlah RM1 juta. RM500 000 sudah pun dibayar dan bakinya perlu dibayar pada hari Isnin.
Menurut, laman facebook DAP wang yang telah dibayar itu merupakan pinjaman dari penyokong dan perlu dibayar kembali. Kerana itulah mereka melancarkan kempen derma tersebut.
Manakala lebihan yang diterima dari sumbangan tersebut kata kenyataan itu akan disalurkan kepada Pilihan Raya Umum untuk memerangi kerajaan pintu belakang dan mengembalikan mandat kepada rakyat Malaysia yang memilih perubahan pada tahun 2018.
Persoalannya di sini, kenapakah pada ketika rakyat berdepan kesukaran hidup akibat wabak covid-19, DAP mahu rakyat menderma kepada ahli politik mereka?
Adakah ahli-ahli politik mereka yang lain semua miskin-miskin belaka tidak langsung ada wang?
Mujurlah Buletin TTKM ada menyimpan data pengisytiharan harta mereka yang dilakukan ketika kerajaan Pakatan Harapan dulu.
DAP sewajarnya meminjam dari ahli parlimen DAP yang jutawan-jutawan ini terlebih dahulu sebelum meminta derma kepada rakyat.
Wang jaminan pun nanti akan dikembalikan selepas kes selesai, bukannya hangus. Jadi apa yang nak dirisaukan?
Jadi demi perjuangan DAP, takkanlah tak ada yang bermurah hati untuk membantu setiausaha agung sendiri?
Berikut merupakan senarai ahli-ahli parlimen DAP jutawan.
- YB DATO’ NGEH KOO HAM – Aset RM79 juta.
- YB TUAN GOBIND SINGH DEO – Aset RM 14.7 juta.
- YB DR. KO CHUNG SEN – Aset RM10 .6juta
- YB TUAN TONY PUA KIAM WEE – Aset RM10.4 juta
- YB TUAN M. KULASEGARAN A/L V.MURUGESON – Aset RM8.5 juta
- YB TUAN WONG LING BIU – Aset RM 8.2 juta
- YB TUAN RAMKARPAL SINGH A/L KARPAL SINGH – Rm7.9 juta
- YB TUAN NGA KOR MING – RM7.8 juta.
- B TUAN SANISVARA NETHAJI RAYER A/L RAJAJI – RM6 juta.
- YB TUAN WONG KAH WOH – RM5.8 juta.
Bagaimana pula wang jaminan untuk Lim Guan Eng yang dikumpulkan melalui derma pada tahun 2016 yang berjumlah lebih RM1 juta itu?
Bukankah ia sudah dikembalikan setelah tuduhan digugurkan jabatan peguam negara? Tak boleh gunakan wang itu untuk jamin Lim Guan Eng untuk kes terkini? Ataupun wang itu sudah disalurkan kepada perkara lain?
Melihatkan perkara ini, wajarkah ahli politik, yang kaya raya jutawan duit berkepuk-kepuk meminta derma kepada rakyat untuk membantu mereka?
Dimanakah akal kamu wahai DAP? – Buletin TTKM