“Kena percaya kita lah, kita kan jaga you all”, kata ketua polis Sg Buloh kepada media

Ketua polis daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menggesa pihak media supaya mempercayai pihak polis dan berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan.

“Terima kasih sebab you all kerana percaya pihak polis. Kalau tak percaya pihak polis I tak mahu panggil lagi dah. Kena percaya kita lah, kita kan jaga you all” 

Beliau berkata demikian ketika mengakhiri lawatan mengejut ke satu premis judi di sini.

Terdahulu, beliau menafikan dakwaan pentadbir laman facebook Hot Burger Malaysia yang mengatakan tiada tindakan diambil terhadap premis judi berkenaan.

Boleh lihat di sini berapa lama benda ni mungkin mereka ini sudah tidak beroperasi sebenarnya. Potong, dan ambil tindakan, potong grill di belakang itu untuk kita masuk.

Serbuan kali terakhir dua minggu yang lepas. Jadi kalau dia kata kita tidak ambil tindakan itu adalah tidak benarlah.

Sebab pihak polis memang sentiasa akan ambil tindakan sekiranya disalurkan maklumat yang tepat kita akan pergi untuk pastikan bahawa tempat itu betul-betul tidak ada apa- apa kegiatan perjudian.”

Tambahnya serbuan sebelum itu sudah dilakukan sebanyak 8 kali sejak bulan may hingga bulan ogos.

“Kalau tak salah saya, dalam tempoh bulan itu sahaja, kita dah buat 8 serbuan. Lepas itu kita akan pantau kalau ada maklumat kita akan pergi balik.

Selian itu, beliau juga berkata premis judi tersebut berulang kali membuka dan menutup premis.

“Yang ini (premis judi)  dia berulang-ulang, buka tutup, buka tutup. Mungkin kita tengok bila kita buat serbuan dia tutup. Lepas tu dia akan buka balik, bila dah slow dan sejuk dan sebagainya. Sindiket ini memang tidak akan putus. Dia akan bertukar-tukar” 

Dalam pada itu, beliau meminta masyarakat memberi maklumat dan berjumpa dengan beliau.

“Masyarakat bagi maklumat, jumpa dengan saya sebab saya bersikap keterbukaan, dan saya bercakap tegas tentang perkara ini”

Lawatan mengejut tengah hari tadi dilakukan susulan tularnya satu video oleh pentadbir laman Hot Burger Malaysia yang mendakwa premis judi dan rokok seludup tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Ia disiarkan secara langsung di laman facebook Bernama TV.

Pada perkembangan yang sama. laporan polis telah dibuat terhadap pemilik akaun Facebook ‘Asri Janggut’ , Pengasas dan Pengarah Eksekutif Founder  Hot Burger Malaysia

asri janggut

Harian Metro melaporkan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar sebagai berkata , laporan dibuat seorang pegawai polis kerana mendakwa video itu adalah satu f1tnah sehingga mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan menjatuhkan reputasi PDRM.

“Dalam video berkenaan juga didapati pemilik akaun berkenaan tidak berpuas hati atas tindakan penyitaan ke atas gerai burger milik beliau yang dilakukan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Pengadu merasakan video yang tular di media sosial berkenaan boleh menimbulkan f1tnah dan merosakkan imej pengadu sebagai Ketua Polis Balai Sungai Buloh, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, PDRM dan kredibiliti Ketua Polis Selangor,” 

– Buletin TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.