Oleh : Buzze Azam
MEMAHAMI PERTUDUHAN JENAYAH RASUAH KE ATAS LIM GUAN ENG
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
1. Memang menjadi skrip biasa puak-puak Pakatan Harapan ni, apabila d tuduh di Mahkamah sahaja ayat pertama yang akan keluar dari mulut mereka adalah ini pertuduhan bermotifkan politik serta konspirasi jahat untuk menjahanamkan karier politik mereka.
2. Pelopor kepada skrip ini adalah Anwar Ibrahim dalam kes liwat 1.0
3. Mujur masih ramai pencacai dan penyokong mereka yang terlalu bodoh untuk terus mempercayai pembohongan retorik sebegini.
4. Dalam undang-undang Rasuah Malaysia, Lim Guan Eng dituduh di bawah seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
5. Ringkasan kepada Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009 menyatakan bahawa Mana-mana orang secara sendiri dan secara rasuah telah MEMINTA atau menerima atau bersetuju untuk menerima bagi dirinya apa-apa suapan sebagai dorongan untuk atau upah bagi, atau selainnya oleh sebab mana-mana orang melakukan atau TIDAK MELAKUKAN apa-apa jua berkenaan dengan apa-apa perkara atau transaksi, sama ada yang sebenar atau YANG DI CADANGKAN atau YANG MUNGKIN BERLAKU adalah melakukan suatu kesalahan.
6. Sila ulang Baca 15 kali perenggan 5 di atas sebelum anda membaca perenggan 7 status saya ini.
7. Anda tipu. Anda tak Baca sampai 15 kali pun. Tak mengapalah. Terus ke perenggan 8.
8. Jadi, kesalahan rasuah ni bukan mesti kena ada duit rasuah juta-juta dalam akaun Bank kamu. CUKUP SEKADAR DI BUKTIKAN KAMU PERNAH MENYALAHGUNAKAN KEDUDUKAN DAN KUASA KAMU SEBAGAI KETUA MENTERI PULAU PINANG UNTUK MENGEPOW KONTRAKTOR YANG BAKAL MENERIMA PROJEK DARI KERAJAAN NEGERI. SEBELUM RELEASE 1ST PAYMENT, BAYAR 10% DULU. DAH DAPAT NANTI BANK IN LAGI 90% KAT AKAUN PROKSI AKU. PAHAM!!!!!!!!
9. Bukan sekadar menerima rasuah seperti Najib adalah satu kesalahan braderrrr, MEMINTA RASUAH juga adalah satu kesalahan.
10. Lim Guan Eng meroyan di sini https://m.malaysiakini.com/news/537753 dengan menyatakan bahawa :- “Saya ingin menegaskan bahawa saya tak pernah menerima sebarang suapan.
“Dan ini pun tak ditanyakan oleh SPRM (kepada saya). “Dia (SPRM) tak pernah bertanyakan mana suapan saya, sama ada dalam bentuk wang tunai atau pun dalam akaun bank saya. Tak ada puluhan juta, tak ada bilion ringgit.
“Jadi di mana rasuah?” katanya dalam sidang media di lobi mahkamah sebentar tadi.
11. Memang lah, duit rasuah tu belum sempat di Bank in lagi oleh kontraktor. Baca kat sini broooo :-
https://m.malaysiakini.com/news/537685
Mengikut kertas pertuduhan, Lim ketika menjadi ketua menteri Pulau Pinang didakwa meminta suapan sebanyak 10 peratus daripada jumlah keuntungan yang bakal diperoleh daripada Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, pengarah kanan eksekutif Consortium Zenith Construction Sdn Bhd yang mendapat projek itu.
=
Permintaan itu didakwa dibuat Lim sebagai upah bagi membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.
Dia dituduh membuat kesalahan itu di berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, pada Mac 2011.
13. Jadi LGE telah cuba mengelirukan macai-macai bodoh dia bahawa duit rasuah tiada dalam akaun dia tetapi LIM GUAN ENG TAK PERNAH MENAFIKAN PUN SAMADA BELIAU PERNAH MEMINTA RASUAH DARI KONTRAKTOR ITU ATAU TIDAK.
14. Jadi, SPRM mendakwa LGE kerana MEMINTA RASUAH, BUKANNYA KERANA MENERIMA RASUAH.
15. faham ke tak? Dan meminta rasuah adalah sama bangsat dengan PENERIMA rasuah.
16. Jadi tuan-tuan, Sekian dulu kelas undang2 Kita petang ini. Tak hensem tak apa janji tak makan rasuah.
Sekian terima kasih
Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Peguambela & Peguamcara
