Sungai Buloh, 9 Ogos: Ketua polis daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menafikan dakwaan pentadbir laman facebook Hot Burger Malaysia yang mendakwa tiada tindakan diambil terhadap satu premis judi seperti yang ditularkan.
“Boleh lihat di sini berapa lama benda ni mungkin mereka ini sudah tidak beroperasi sebenarnya. Potong, dan ambil tindakan, potong grill di belakang itu untuk kita masuk.
Serbuan kali terakhir dua minggu yang lepas. Jadi kalau dia kata kita tidak ambil tindakan itu adalah tidak benarlah.
Sebab pihak polis memang sentiasa akan ambil tindakan sekiranya disalurkan maklumat yang tepat kita akan pergi untuk pastikan bahawa tempat itu betul-betul tidak ada apa- apa kegiatan perjudian.”
Beliau berkata demikian dalam satu serbuan yang dilakukan bersama media yang disiarkan secara langsung melalui facebook Bernama TV.
Menjawab soalan wartawan sama ada pemilik premis mengetahui penyewa melakukan operasi kegiatan haram di premis sewaan, beliau menjawab:
“Setakat ini kalau pertemuan-pertemuan kita dengan masyarakat tidak ada pula dinyatakan benda ini. Kalau sekiranya ada, piak polis tidak a menyembunyikan apa-apa maklumat. Kalau maklumat yang sebegini, memang kita akan pergi buat tindakan. Kalau dilhat kawasan dia, pintu depan tidak dibuka, semua masuk dari pintu belakang, dan mereka mungkin akan memilih siapa pelanggan mereka, bukan semua (boleh masuk).”
Beliau juga mengakui kegiatan sindeket judi ini sering berulang-ulang.
“Yang ini (premis judi) dia berulang-ulang, buka tutup, buka tutup. Mungkin kita tengok bila kita buat serbuan dia tutup. Lepas tu dia akan buka balik, bila dah slow dan sejuk dan sebagainya. Sindiket ini memang tidak akan putus. Dia akan bertukar-tukar”
Mengenai kedai rokok seludup, beliau mengesahkan sudah dua kali serbuan dibuat.
“Sebelum ini memang kita sudah buat serbuan. Kalau tak salah saya sudah dua kali serbuan dilakukan dan kita pernah ambil tindakan dan kita masih menunggu lagi arahan selanjutnya untuk kertas siasatan itu dirujuk kepada pegawai .. untuk arahan selanjutnya.”
Dalam pada itu beliau meminta masyarakat memberi maklumat dan berjumpa dengan beliau.
“Masyarakat bagi maklumat, jumpa dengan saya sebab saya bersikap keterbukaan, dan saya bercakap tegas tentang perkara ini”
Semalam, dalam dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia mendakwa premis perniagaan diusahakan warga Aceh ‘kebal’ kerana tidak dikenakan tindakan atas kesalahan menjual rokok seludup.
Selain itu, video yang dirakam menerusi tinjauan semasa menaiki kereta itu juga mendakwa pihak berkuasa menutup mata kerana mendakwa ada yang menerima habuan daripada tauke kedai mesin judi.
Kedua-kedua video berkenaan kini mendapat lebih 4 juta tontonan dan 70k perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata- rata mengakui kawasan Sungai Buloh menjadi lubuk kepada aktiviti haram berkenaan. – Buletin TTKM-