Pemilik video tular bertemu KPN

Gambar ehsan FB Friends of PDRM

Kuala Lumpur, 10 Ogos: Pemilik video tular yang mendedahkan kegiatan kedai judi haram dan gerai rokok seludup di Sungai Buloh bertemu dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador hari ini.

MOHD Asri Hamid, 42, atau dikenali Asri Janggut, melakukan pertemuan tersebut di Bukit Aman setelah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia mengeluarkan kenyataan akan menyiasat dakwaan bahawa terdapat pihak berkuasa yang melindungi kegiatan premis perjudian dan penjualan rokok haram di Bandar Baru Sungai Buloh.

Pertemuan yang berlangsung jam 3 petang itu dikongsi di laman sosial Facebook ‘Friends Of PDRM’ sebentar tadi.

Pertemuan itu turut dipuji warga net pada ruang komen perkongsian laman terbabit.

Mohd Zulfadhli Abdul Mutalib : Salute Tan Sri KPN..langkah bijak dan berhemah..tak seperti anak buah KP Sg Buluh..terlalu defensif dan cepat melatah..
Kepimpinan melalui teladan..terbaik Tan Sri KPN..

Muhamad Hambali Ada baik nya KPN jumpa beliau supaya keselamatan beliau terjamin .. mungkin PDRM ada cara untuk selesai dan tiada kemalangan jiwa berlaku .. steady PDRM

Zatty Baharom Polis pon manusia juga…ada kala terleka seketika …yg terlibat angap la semua ni ujian, Allah syg kan anda semua…diberi peluang utk perbetul kn kesilapan supaya dpt rezeki halal utk ank bini …..

Zack Serpico KPN, berharap PDRM akan sentiasa menjadi pelindung dan simbol keadilan di negara Malaysia ni. The BEST!

Sementara itu, Harian Metero melaporkan beliau dikatakan turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di bangunan Parlimen.

Pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia itu sebelum ini mendakwa wujud beberapa premis judi serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh.

Pendedahan beliau itu menerusi tiga siaran langsung di Facebook Hot Burger Malaysia tular sejak kelmarin dilakukannya selepas gerai burgernya disita oleh pihak MBSA.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menafikan dakwaan itu dan berkata ia satu fitnah yang mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan menjatuhkan reputasi PDRM.

Tambahnya, serbuan telah dilakukan di premis terbabit dua minggu lepas.

“Serbuan kali terakhir dua minggu yang lepas. Jadi kalau dia kata kita tidak ambil tindakan itu adalah tidak benarlah.Sebab pihak polis memang sentiasa akan ambil tindakan sekiranya disalurkan maklumat yang tepat kita akan pergi untuk pastikan bahawa tempat itu betul-betul tidak ada apa- apa kegiatan perjudian.” – Superintendan Shafa’aton Abu Bakar 

Beliau turut menggesa media supaya mempercayai pihak polis berhubung insiden tersebut dan berkata serbuan telah dilakukan pada 2 minggu lepas

“Terima kasih sebab you all kerana percaya pihak polis. Kalau tak percaya pihak polis I tak mahu panggil lagi dah. Kena percaya kita lah, kita kan jaga you all.”  – Superintendan Shafa’aton Abu Bakar 

Semalam,  laman facebook Polis Daerah Sungai Buloh menaikkan dua gambar  meja berhabuk membuktikan premis jud1 telah lama tidak beroperasi dan ditinggalkan.

116714200_3282867881812292_8354883639485299946_n
“Kesan habuk yang membuktikan premis telah lama tidak beroperasi dan ditinggalkan.” – Laman Facebook Polis Daerah Sungai Buloh.
117169228_3282867808478966_1128203992287236060_n
“Kesan habuk yang membuktikan premis telah lama tidak beroperasi dan ditinggalkan.” – Laman Facebook Polis Daerah Sungai Buloh.

Walau bagaimanapun, hantaran tersebut mendapat ribuan komen dari warga net rata-ratanya tidak bersetuju dengan kapsyen yang diberikan. -Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.