Penahanan pegawai penguatkuasa: MBSA akan beri kerjasama kepada SPRM

Selepas SPRM menahan 3 penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam berhubung kes melindungi perniagaan tanpa lesen termasuk premis perjudian di Sungai Buloh, petang tadi MBSA mengeluarkan kenyataan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada badan pencegah r@suah itu.

“Pihak MBSA ingin menegaskan bahawa tidak akan berkompromi dan melindungi kakitangna yang melakukan salah guna kuasa dan tidak berintegriti.

Pihak MBSA juga ingin menasihatkan kepada orang ramai supaya dapat menyalurkan aduan sekiranya ada maklumat berkaitan dengan salah laku kakitangna MBSA dengan melaporkan secara email kepada aduanintegriti@mbsa.gov.my atau menelefon di talian 03-55105133 sambungan 1671.”

Untuk rekod, pada Ahad lepas MBSA mengeluarkan kenyataan menyatakan kekesalannya terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh video tular di laman facebook Hot Burger Malaysia terhadap MBSA.

Pagi tadi, SPRM telah menahan tiga pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Cawangan Sungai Buloh kerana dipercayai mengutip dan menerima r@suah secara bulanan bagi melindungi premis-premis perniagaan yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di sekitar Sg Buluh.

Sementara itu, Berita Harian melaporkan seorang lagi pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam ditahan bagi membantu siasatan menerima rasuah dan melindungi premis perniagaan tanpa lesen di Sungai Buloh, petang ini.

Tangkapan terbaharu itu menjadikan setakat ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menahan empat pegawai penguat kuasa MBSA dan seorang warga asing keturunan Acheh, hasil siasatan sejak jam 9 pagi tadi.

Pegawai berusia 39 tahun itu ditahan SPRM pada jam 5 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Penahanan terbaharu itu turut disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya.

Katanya, kesemua empat pegawai penguat kuasa MBSB itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok untuk perintah reman.

Semalam, menteri dalam negeri, Dato Seri Hamzah Zainuddin mengadakan pertemuan dengan Mohd Asri dan berkata akan menyiasat semua pertuduhan yang dilemparkan peniaga burger tersebut dalam video tularnya tiga hari lepas. – Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.