Kuala Lumpur, 11 Ogos: Polis akan menyiasat segala tuduhan yang dilontarkan Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Asri Janggut berhubung kegiatan premis perjud1an dan rokok selud0p di Sungai Buloh, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin semalam.
“Kami bukan mahu menghukum dia tetapi menyiasat segala tuduhan dan tohmahan yang dikeluarkan beliau,”
Hamzah berkata polis juga akan mengambil tindakan bagi memastikan keselamatan Mohd Asri yang mendakwa diri beliau mungkin mendapat anc@man selepas mendedahkan video itu di laman sosialnya.
Pada masa sama, beliau berkata tindakan tegas juga akan diambil ke atas anggota polis jika terbukti mereka terlibat melindungi pihak yang menjalankan kegiatan h@ram.
Sementara itu, beliau menasihati orang awam supaya menggunakan saluran yang tepat dalam melaporkan sebarang kegiatan jenayah termasuk perjudian haram bagi mengelak keselamatan diri diancam.
Sambil mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada penjual burger Mohd Asri Hamid, 42, kerana mendedahkan aktiviti perjudian di Sungai Buloh, Hamzah berkata tindakan menyebarkan maklumat di media sosial boleh mendatangkan anc@man kepada pemberi maklumat, lapor Bernama.
“Pemberi maklumat ini memang digalakkan dalam memberi maklumat jenayah tetapi biarlah mengikut perundangan yang ditetapkan dan tidak bertindak secara melulu.
“Jangan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berbaur tuduhan sehingga menjadi tular di media sosial, sila laporkan dan pihak berkuasa akan menjalankan siasatan,”
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Bandar Baru Sungai Buloh di Sungai Buloh semalam.
Beberapa hari lalu, tular tiga video yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia yang dinaikkan oleh Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Asri Janggut, mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap premis jud1dan rokok selud0p di sekitar Sungai Buluh.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi mengesahkan sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh telah melakukan serbuan ke atas premis perjudian sekitar Bandar Baru Sungai Buloh, dengan yang terbaru pada Sabtu lepas.
Terdahulu, petang semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengadakan pertemuan dengan Mohd Asri untuk mengucapkan terima kasih kerana mendedahkan perkara itu.
Pada perkembangan yang sama, Mohd Asri memaklumkan bahawa beliau turut dihubungi individu yang tidak dikenali, yang mengaku dirinya sebagai ‘ayahanda’.
Individu tersebut didakwa beliau meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakannya mendedahkan kegiatan judi tersebut.
“Saya ada dihubungi seseorang yang mengaku dirinya sebagai ‘ayahanda’ di kawasan ini dan mengatakan apa yang saya buat ini salah. Namun tiada sebarang ugutan daripadanya diterima oleh saya.
“Perkara ini bagaimanapun telah saya maklumkan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador yang memaklumkan siasatan akan dilakukan berhubung perkara itu,”
Semalam,Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan kenyataan berkata akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan bahawa pihak berkuasa cuba melindungi premis har@m, perjud1an haram dan penjualan rokok seludup di sekitar Sungai Buloh.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata pihaknya memandang serius isu yang tular dalam dua klip video mendakwa pihak berkuasa gagal memantau, menguatkuasakan undang-undang selain dikatakan menerima r@suah daripada pihak terlibat.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menafikan dakwaan Mohd Asri dan berkata polis telah membuka kertas siasatan serta akan memanggil pengguna laman sosial tersebut untuk memberi keterangan.
Beliau turut menggesa pihak media supaya mempercayai pihak polis dan berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan.
Superintendan Shafa’aton Abu Bakar
“Terima kasih sebab you all kerana percaya pihak polis. Kalau tak percaya pihak polis I tak mahu panggil lagi dah. Kena percaya kita lah, kita kan jaga you all”
Beliau berkata demikian ketika mengakhiri lawatan mengejut ke satu premis judi di sini.
Terdahulu, beliau menafikan dakwaan pentadbir laman facebook Hot Burger Malaysia yang mengatakan tiada tindakan diambil terhadap premis judi berkenaan.
Boleh lihat di sini berapa lama benda ni mungkin mereka ini sudah tidak beroperasi sebenarnya. Potong, dan ambil tindakan, potong grill di belakang itu untuk kita masuk.
Serbuan kali terakhir dua minggu yang lepas. Jadi kalau dia kata kita tidak ambil tindakan itu adalah tidak benarlah.
Sebab pihak polis memang sentiasa akan ambil tindakan sekiranya disalurkan maklumat yang tepat kita akan pergi untuk pastikan bahawa tempat itu betul-betul tidak ada apa- apa kegiatan perjudian.”
Tambahnya serbuan sebelum itu sudah dilakukan di premis tersebut sebanyak 8 kali sejak bulan Mei hingga bulan ogos.
Malah, laman facebook Polis Daerah Sungai turut menaikkan dua gambar menunjukkan kesan habuk pada meja bagi membuktikan premis tersebut ‘telah lama tidak beroperasi dan ditinggalkan’.
“Kesan habuk yang membuktikan premis telah lama tidak beroperasi dan ditinggalkan.” – Laman Facebook Polis Daerah Sungai Buloh.“Kesan habuk yang membuktikan premis telah lama tidak beroperasi dan ditinggalkan.” – Laman Facebook Polis Daerah Sungai Buloh.
Walau bagaimanapun, hantaran tersebut mendapat ribuan komen dari warga net rata-ratanya tidak bersetuju dengan kapsyen yang diberikan.