Bukit Aman siasat kenyataan Asri Janggut hina polis dan tentera

KUALA LUMPUR 12 Ogos:  Polis Kuala Lumpur menerima satu laporan yang dibuat individu susulan kenyataan yang dikeluarkan Asri Janggut menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sinar Harian memetik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid sebagai berkata, laporan itu dibuat hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

“Siasatan telah dijalankan oleh pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman. Kes disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,”  – Senior Asisten Komisioner, Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid

Terdahulu pemilik Hot Burger Malaysia itu berkata  kebanyakan anggota polis dan tentera adalah mereka yang tidak menjaga solat, mudah cair dan perokok menyebabkan masalah jud1 dan pusat urut yang terlalu banyak  tidak selesai.

Oleh itu katanya, beliau  itu mencadangkan solusi kepada masalah ini dengan menyerapkan pelajar lepasan tahfiz ke dalam institusi negara kerana  mereka mempunyai akhlak dan asas agama.

“Pada pandangan saya masalah judi, pusat urut memang tidak boleh dinafikan memang berlaku terlalu banyak sehinggakan orang terlalu muak. Banyak rumah tangga jadi hancur kerana perkara ini.

Ada satu solusi untuk kita selesaikan perkara ini bersama-sama insya allah.
Sebenarnya institusi polis, kastam, SPRM, tentera ni yang sebenarnya adalah lepasan tahfiz ni yang bagus. Kena diserapkan. Memang kena diserapkan kerana mereka sudah ada akhlak sebenarnya. Asas agama itu kena ada.

Kebanyakan yang masuk jadi polis jadi tentera yang pegang-pegang ni kebanyakannya yang tak jaga solat. Terlalu mudah cair, cepat. Hisap rokok. Tak jaga sembahyang.”

Beliau turut bertanyakan kepada anggota polis sama ada mereka ada menunaikan solat subuh, dan bilakah kali terakhir membawa isteri solat subuh bersama.

Cuba tanya anggota polis, subuh sembahyang tak? Bila kali terakhir bawa isteri sembahyang subuh? Pernah tak tanya anak apa itu syahadah? Makna sebenar-benar segala kunci-kunci dia.

Beliau berkata demikian dalam satu program bual bicara yang disiarkan secara langsung di laman facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia, PPIM.

Video :  https://videopress.com/embed/5Qu4R6O5

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.