Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Asri Janggut berkata kebanyakan anggota polis dan tentera adalah mereka yang tidak menjaga solat, mudah cair dan penghisap rokok menyebabkan masalah jud1 dan pusat urut yang terlalu banyak tidak selesai.
Oleh itu katanya, pemilik Hot Burger Malaysia itu mencadangkan solusi kepada masalah ini dengan menyerapkan pelajar lepasan tahfiz ke dalam institusi negara kerana mereka mempunyai akhlak dan asas agama.
“Pada pandangan saya masalah judi, pusat urut memang tidak boleh dinafikan memang berlaku terlalu banyak sehinggakan orang terlalu muak. Banyak rumah tangga jadi hancur kerana perkara ini.
Ada satu solusi untuk kita selesaikan perkara ini bersama-sama insya allah.
Sebenarnya institusi polis, kastam, SPRM, tentera ni yang sebenarnya adalah lepasan tahfiz ni yang bagus. Kena diserapkan. Memang kena diserapkan kerana mereka sudah ada akhlak sebenarnya. Asas agama itu kena ada.Kebanyakan yang masuk jadi polis jadi tentera yang pegang-pegang ni kebanyakannya yang tak jaga solat. Terlalu mudah cair, cepat. Hisap rokok. Tak jaga sembahyang.”
Beliau turut bertanyakan kepada anggota polis sama ada mereka ada menunaikan solat subuh, dan bilakah kali terakhir membawa isteri solat subuh bersama.
Cuba tanya anggota polis, subuh sembahyang tak? Bila kali terakhir bawa isteri sembahyang subuh? Pernah tak tanya anak apa itu syahadah? Makna sebenar-benar segala kunci-kunci dia.
Beliau berkata demikian dalam satu program bual bicara yang disiarkan secara langsung di laman facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia, PPIM.
Pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia itu sebelum ini mendakwa wujud beberapa premis judi serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh.
Pendedahan beliau itu menerusi tiga siaran langsung di Facebook Hot Burger Malaysia tular sejak kelmarin dilakukannya selepas gerai burgernya disita oleh pihak MBSA.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menafikan dakwaan itu dan berkata ia satu f1tnah yang mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan menjatuhkan reputasi PDRM.
Tambahnya, serbuan telah dilakukan di premis terbabit dua minggu lepas.
“Serbuan kali terakhir dua minggu yang lepas. Jadi kalau dia kata kita tidak ambil tindakan itu adalah tidak benarlah.Sebab pihak polis memang sentiasa akan ambil tindakan sekiranya disalurkan maklumat yang tepat kita akan pergi untuk pastikan bahawa tempat itu betul-betul tidak ada apa- apa kegiatan perjudian.” – Superintendan Shafa’aton Abu Bakar
Beliau turut menggesa media supaya mempercayai pihak polis berhubung insiden tersebut dan berkata serbuan telah dilakukan pada 2 minggu lepas
“Terima kasih sebab you all kerana percaya pihak polis. Kalau tak percaya pihak polis I tak mahu panggil lagi dah. Kena percaya kita lah, kita kan jaga you all.” – Superintendan Shafa’aton Abu Bakar
Laman facebook Polis Daerah Sungai Buloh kemudian menaikkan dua gambar meja berhabuk membuktikan premis jud1 telah lama tidak beroperasi dan ditinggalkan.


Walau bagaimanapun, hantaran tersebut mendapat ribuan komen dari warga net rata-ratanya tidak bersetuju dengan kapsyen yang diberikan.
Semalam, 4 pegawai MBSA dan seorang peniaga Acheh telah ditahan SPRM rentetan isu tersebut dan sudah mendapat tahanan reman pagi tadi.
Terdahulu, menteri dalam negeri, Dato Seri Hamzah Zainuddin mengadakan pertemuan dengan Mohd Asri dan berkata akan menyiasat semua pertuduhan yang dilemparkan peniaga burger tersebut dalam video tularnya . – Buletin TTKM-