Permohonan Maaf Atas Keterlanjuran Dan Kenyataan Yang Tidak Berasas
Memetik kepada kenyataan yang diberikan En Mohd Asri Hamid.
Kami di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ingin memohon jutaan maaf terutamanya kepada anggota polis, anggota tentera, anggota keselamatan serta mereka yang terkesan dengan kata-kata
En Asri Janggut yang sangat tidak wajar dan tidak berasas. Kami di PPIM sama sekali tidak menyokong dan menyanggah segala tindakan yang tidak wajar yang dilakukan olehnya.
En Asri hanyalah rakan strategik PPIM dimana kata-katanya adalah bersifat peribadi yang tidak mewakili dasar PPIM sama sekali. Walaubagaimanapun kami di PPIM mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan kerana sebahagian kenyataannya dibuat semasa di platform PPIM.
Kami sangat terkilan dengan perkara ini dan sekali lagi memohon jutaan kemaafan daripada semua atas sebarang tindakan yang tidak wajar. Kami sedang mengambil beberapa tindakan dan akan mengeluarkan kenyataan susulan dari semasa ke semasa berhubung perkara ini.
Sekian. Terima kasih.