Trankrip mohon maaf:
“Dengan ini dan sepenuh hati dengan benda di sini memohon maaf kepada seluruh anggota PDRM dan juga ATM di atas kesilapan saya, kejah1lan saya keb0dohan saya.
Kerana celuparnya mulut saya membuat satu statement mengatakan polis kebanyakan polis malas solat.
Saya mohon jutaan maaf kerana benda tu saya pun tak jangka saya boleh bercakap macam tu. Saya langsung tidak berniat walaupun sedikit pun untuk mengguris hati rakan-rakan terutama sekali PDRM dan ATM.
Mereka adalah Permata Negara.
Saya lagi sekali demi Allah memohon kerana Allah Taala memohon maaf kerana Allah Taala. Saya memohon maaf kerana Allah Taala maafkan lah saya di atas segala kesilapan saya.
Saya akui kebodohan saya. Saya akui kesilapan saya dan saya redha di atas segala apa yang berlaku ke atas saya.
Lagi sekali saya nak mohon maaf pada seluruh rakyat Malaysia terutama sekali PDRM. Minta maaf sangat-sangat, minta maaf sangat-sangat minta maaf semua.
Insya-Allah saya takkan lakukan lagi. Saya tak akan ulang lagi. Saya takkan ulas apa-apa lagi tentang tu janji saya. Insya-Allah” – Mohd Asri aka Asri Janggut