Naib Presiden AMANAH Dr Mujahid Yusof Rawa memfailkan saman fitnah terhadap Pas dan Harakan ekoran laporan yang diterbitkan berhubung isu Nur Sajat.
Malaysia Dateline melaporkan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu melalui tetuan Akram Hizri Azad & Azmir menamakan ketua pengarang Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob yang pengendali portal dalam talian itu seagai defenden kedua dan wartawan Aziz Muda defenden pertama.
Galeri Media Serbanika Sdn Bhd, dan pencetak akhbar itu Percetakan Turbo (M) Sdn Bhd, masing-masing sebagai defendan ketiga dan keempat.
Mereka memfailkan writ di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 12 Ogos baru-baru ini.
Mujahid menyaman berhubung laporan yang dimuat naik dalam portal Harakahdaily.net pada 7 Februari serta laporan yang diterbitkan dalam edisi cetak pada 10 hingga 13 Feb lalu.
Buletin TTKM mendapati laporan tersebut bertajuk “Sajat : Mujahid dan K’jaan PH patut disalahkan” disiarkan pada pautan https://harakahdaily.net/index.php/2020/02/07/sajat-mujahid-dan-kjaan-ph-patut-disalahkan/. Walaubagaimanapun, artikel pada pautan tersebut kini tidak dapat diakses dipercayai telah dipadamkan.
Untuk rekod, Nur Sajat pada Februari yang lalu telah memuatnaik gambar di media sosial dalam keadaan bertelekung ketika berada di Mekah,
Hantaran itu telah mencetuskan kontroversi sehingga ada yang membuat gesaan agar Nur Sajat disiasat dikenakan tindakan.
Mujahid mendakwa bahawa laporan tersebut berniat jahat untuk menjatuhkan maruah, kredibiliti dan reputasinya yang ketika itu adalah menteri agama.
Dalam notis tuntutan itu, Mujahid memohon perintah mahkamah supaya defendan membuat permohonan maaf secara terbuka, yang akan dimuat naik dan disiarkan di akhbar tempatan yang berbahasa Melayu dalam tempoh 14 hari.
Selain itu juga Mujahid menuntut defendan menarik balik laporan yang diterbitkan itu sama ada di portal dalam talian serta versi cetak Harakah dan tidak mengulangi kenyataan tersebut.
Mujahid juga meminta defendan mengemukakan surat aku janji untuk tidak akan menulis dan/atau melaporkan kenyataan-kenyataan dan/atau perkataan-perkataan yang berunsur fitnah terhadap dirinya.
Plaintif menuntut perintah mahkamah untuk mentaksirkan, kerugian am, dan teladan yang perlu dibayar plaintif dalam masa 14 belas hari daripada tarikh penghakiman.
Mujahid juga meminta satu injuksi bagi menghalang defendan daripada terus mengulas, memberi komen, mengulangi dan/atau menerbitkan kenyataan yang berunsur fitnah terhadap dirinya.
Dia turut menuntut faedah lima peratus ke atas ganti rugi dari tarikh writ saman hingga penyelesaian penuh, termasuk kos lain dari mahkamah. -Buletin TTKM-