“Jadi ikon MITI di kalangan media”- Antara pencapaian 100 hari Azmin

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali memberitahu Dewan Rakyat mengenai sembilan pencapaiannya sejak memegang jawatan itu pada Mac lalu dan antaranya adalah  “Menjadi ikon Miti di kalangan media”.

Pencapaian tersebut disenaraikan dalam jawapan bertulis kepada Anggota Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, yang bertanya mengenai prestasi beliau  selama dua tahun menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan 100 hari setelah mengambil alih portfolio barunya.

Berikut merupakan jawapan penuh Azmin:

Manakala, pencapaian seratus hari sebagai Menten Kanan dalam Kerajaan Perikatan Nasional adalah sepeni berikut:

  1.  Mengetuai usaha pengurusan pembukaan semula sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP);
  2. Merencanakan pelan pembukaan ekonomi secara berkala dan teratur sepanjang PKP;
  3. Memimpin Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industn (MITI) dalam mengetuai sesi libat urus bersama industri sepanjang PKP;
  4. Mengetuai penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk pengukuhan Pakej Rangsangan Ekonomi;
  5. Mengetuai #BansanHadapanEkonomi dalam pembukaan operas’ sektor-sektor ekonomi;
  6. Memimpin rundingan-rundingan hubungan ekonomi dua hala, serantau dan global:
  7. Menyokong transformas’ syarikat tempatan ke arah pendigitalan dan penggunaan analisis data raya;
  8. Memastikan usaha-usaha MITI yang menyokong pemulihan ekonomi diterapkan di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA): 
  9. Menjadi ikon MITI di kalangan media

Sekian, terima kasih.

-Jawapan Bertulis Azmin Ali.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.