Kes Pengampunan dipertikai: “Anwar dipermainkan oleh Mahathir?”- Najib Razak

Oleh : Najib Razak

Saya rasa ada kemungkinan besar bahawa Nuar telah dipermainkan sekali lagi oleh PM7.

Nuar diampunkan dan dibebaskan dari penjara pada 16 Mei 2018 iaitu kira-kira seminggu selepas PRU14 setelah Lembaga Pengampunan.memberi nasihat kepada YDP Agong masa itu.

Tapi masalahnya ialah di bawah Perlembagaan Persekutuan, sebuah Lembaga Pengampunan yang sah hendaklah terdiri daripada Peguam Negara Persekutuan, Ketua Menteri Negeri itu (dalam kes Nuar ianya Menteri Wilayah Persekutuan kerana Nuar dipenjarakan di Kuala Lumpur) dan tidak lebih daripada tiga orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh YDP Agong.
http://www.jpapencen.gov.my/CAT…/Published/perkara42-Ma.Html

Apabila Nuar diampunkan dan dibebaskan pada 16 Mei 2018:

“Anwar bebas”
https://www.bharian.com.my/…/nas…/2018/05/426377/anwar-bebas

1. Peguam Negara lama Tan Sri Apandi Ali telah diarahkan rehat.
https://www.bharian.com.my/…/apandi-diarah-bercuti-serta-me…

2. Tommy Thomas hanya angkat sumpah jadi Peguam Negara hanya pada 5 Jun 2018.
http://www.astroawani.com/…/agong-perkenan-pelantikan-tommy…

3. Jawatan Menteri Wilayah Persekutuan belum lagi diisi setelah BN kalah PRU14 dan Khalid Samad hanya angkat sumpah pada 2 July 2018 dan hanya mula kerja hari kemudian.
https://www.facebook.com/KemWP/posts/2003146426376434

Maka persoalannya ialah: siapakah dalam Lembaga Pengampunan yang memberi nasihat kepada YDP Agong untuk mengampunkan Nuar pada 16 Mei 2018 sedangkan tiada Peguam Negara dan tiada Menteri WP masa itu?

Sebab itu peguam Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla memberitahu mahkamah hari ini bahawa lembaga pengampunan telah memberi nasihat pengampunan tidak sah kepada YDP Agong.

Dan dengan itu, pengampunan Nuar pun tidak sah dan dia perlu masuk balik ke dalam.

Namun persoalan yang lagi besar ialah: Takkan seorang PM7 dengan pengalaman 22 tahun pada masa itu dengan segala barisan penasihat serta loyar-loyar dia (termasuk loyar yang memberitahu mahkamah hari ini bahawa pengampunan Nuar tak sah) dengan tidak sengaja melanggar perlembagaan Malaysia dengan membenarkan sebuag Lembaga Pengampunan yang tidak sah untuk memberi nasihat pengampunan yang tidak sah bagi Nuar?

Kenapa dulu peguam Mahathir tak nasihat dia?

Kenapa hanya sekarang baru peguam Mahathir sebut proses itu salah dan tak sah?


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM- Editor

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.