Pegawai MARDI disangka pegawai MBSA, jadi mangsa buli siber

Kuala Lumpur, 14 Ogos: Seorang wanita yang disangka pegawai MBSA,  telah menjadi mangsa buli siber di dalam satu hantaran yang dinaikkan pada laman facebook MBSA.

Berikut antara beberapa komen yang sempat ditangkap layar Buletin TTKM:

Sehubungan itu,  MARDI mengeluarkan  kenyataan mengesahkan wanita tersebut, Puan Rasmuna Mazwan Muhammad sebenarnya merupakan pegawai MARDI yang hadir sebagai panel pembentang dalam bengkel anjuran MBSA.

Kenyataan ini dilakukan susulan seorang pegawai MARDI yang dikecam oleh warga netizen di laman social Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam pada posting jam 12.05 pm bertarikh 8 Ogos 2020 seperti pautan berikut: https://www.facebook.com/…/pcb.3148513901…/3148513611884918/

Pada 8 Ogos 2020, Puan Rasmuna Mazwan Muhammad telah dijemput menghadiri Bengkel Anugerah Hijau Zon Bersih Mini anjuran MBSA. Sebagai penyelidik di institusi penyelidikan dalam bidang pertanian dan industri makanan, Puan Rasmuna telah memberikan perkongsian bertajuk ‘Perkembangan Semasa Penyelidikan Pertanian Bandar & Impak Keberkesanan Program Pertanian Bandar’ untuk bengkel tersebut.

Puan Rasmuna merupakan seorang Pegawai Penyelidik di Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi, Risikan Pasaran dan Agri Bisnes, MARDI. Beliau bertugas di MARDI sejak tahun 2014. -MARDI

Sehubungan itu, MARDI memohon  warga netizen agar menghentikan kecaman kepada beliau yang tiada kaitan dengan Majlis Bandaraya Shah Alam di mana-mana saluran dan membuat permohonan maaf.

Permohonan maaf boleh dihantar kepada jafni@mardi.gov.my dan akan disampaikan kepada Puan Rasmuna.

Perbuatan fitnah dikecam dengan keras oleh Nabi SAW dalam hadith yang diriwayatkan Huzaifah R.A:
‏ لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ ‏
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba).” [Riwayat al-Bukhari (6056) dan Muslim (105)]  -MARDI

Sejak video pendedahan premis judi dan rokok seludup ditularkan oleh seorang pengguna facebook bernama Asri Janggut melalui laman facebook Hot Burger Malaysia, MBSA telah mendapat kritikan yang teruk dari warganet.

Setakat hari ini, 8 penguat kuasa dan seorang pengarah MBSA telah ditahan SPRM kerana disyaki melindungi perniagaan judi tidak berlesen. -Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version