Berita Harian Onine melaporkan pengarah berusia lebih 50 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM pada jam 10 pagi tadi.
Penahanan itu menjadikan seramai sembilan kakitangan MBSA ditahan SPRM sejak operasi khas dijalankan susulan isu premis perniagaan haram di Sungai Buloh, Selangor menjadi tular.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Datuk Ahmad Khusairi Yahaya, mengesahkan penahahan pengarah jabatan di MBSA itu tetapi tidak mengulas lanjut.
Pegawai itu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada laporan diterima mengenai penahanan tauke jud1 har@m walaupun beberapa premis jud1 h@ram telah dis1ta dan dir0bohkan oleh MBSA sejak operasi serbuan giat dilakukan beberapa hari yang lalu. -Buletin TTKM-