RCI TH tidak dibuat kerana takut bankrun, pendeposit lari – Mujahid

PETALING JAYA 16 Ogos: Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengesahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak menunaikan manifestonya untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat penyelewengan pengurusan Tabung Haji (TH) terdahulu kerana untuk mengelakkan bankrun iaitu pendeposit panik dan mengeluarkan deposit mereka.

“Kalau buat RCI apa jadi dengan pendeposit? Mereka akan berang, lari dan panik. Kita tidak boleh buat mereka panik ketika kita sedang laksanakan proses pemulihan,”  – Dr Mujahid Yusof Rawa 

20191008-janji-ph-rci

Katanya lagi, ketika dilantik ke jawatan berkenaan pada Mei 2018 beliau telah memeriksa terlebih dahulu  surat Bank Negara Malaysia (BNM) dan laporan audit negara yang mengesahkan berlaku defisit RM4.1 bilion dari akaun Tabung Haji pada 2017.

“Saya doktor tuan-tuan. Bila saya nak bagi ubat, saya nak kena pendapat kedua. Maka kita lantik PricewaterhouseCooper (PWC) yang mengesahkan memang ada defisit dan juga akaun kewangan itu tidak dibuat dengan pengikut standard  kewangan dan ini menyebabkan kerugian semakin membengkak kepada RM10 bilion pada hujung 2018.” – Dr Mujahid Yusof Rawa 

Oleh yang demikian, katanya beliau melakukan proses pemulihan Tabung Haji bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Mengenai laporan kewangan Tabung Haji  2018 yang masih lagi tidak dibentangkan sehingga kini, Mujahid berkata laporan itu sudah ada dan ia sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun ini tetapi tidak menjadi kenyataan selepas kejatuhan kerajaan PH selain menuding jadi kepada birokrasi jabatan audit negara.

“Isu dia untuk 2019 audit belum lagi selesai. Maknanya bukan isu (laporan 2018)kita sembunyikan. Isunya ialah di pihak birokrasi yang ada di dalam Jabatan Audit Negara.” – Dr Mujahid Yusof Rawa 

Beliau berkata demikian dalam debat”Berani Semuka” bersama Dato Seri Azeez Rahim yang disiarkan secara langsung oleh Sinar Harian.

 

-Buletin TTKM-

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.