Sayap pemuda DAP bahagian Kuching, DAPSY menampal pelekat tulisan cina pada papan tanda jalan milik pihak berkuasa tempatan di tiga jalan iaitu di Jalan Main Bazaar, Jalan Wayang Street dan Jalan Greenhill.
Tindakan mereka itu mendapat kecaman warganet di laman facebook DAP Kuching yang menaikkan hantaran tersebut yang rata-ratanya menyifatkan tindakan pemuda DAP Kuching itu sebagai vandalisme dan tidak berpatutan.
Seyn Jukey Ini vandalisma. DAP kan parti politik, kenapa ambil alih tugas PBT? Adakah DAP lagi besar dari perlembagaan dan undang-undang?
Afzal Zainal Rddz : Lol.. most of the road name hanya perkataan ” jalan ” sahja in malay. The rest of the road name in english.. itupun tak puas hati mau letak full chinese words ka? Sudah 2020 masih tak reti guna google translate ka?
Brown Bob Jay Jgn mengbangkitkan ‘The silent Majority Dayak & malay’ yg tgk perangai DAP.. sudahlh berik betis, mahu Paha pulak
Fernandez Rudy Nyeng You should put bahasa iban because iban is the majority. Bahasa Melayu because that is our national language, english because it is the international language. But, mandarin? For what valid reason? Kuching belongs to all races, as far as I know.
Thalmiah Karim I think coz they are primitif, never go to school thats why they cannot read in bahasa. Which caves they are comming from?
Menurut laman facebook DAP Sarawak itu, pelekat tulisan cina itu diletakkan kerana “atas beberapa sebab ia telah dibuang oleh majlis perbandaran”.
Sarawak akan berdepan dengan pilhanraya kecil negeri pada bila-bila masa. Tindakan pemuda DAP ini dilihat pengkritik sebagai usaha parti politik tersebut untuk mengekal dan menambahkan sokongan di kalangan pengundi berbangsa Cina. – Buletin TTKM-