Johor Bharu, 21 Ogos: Setiausaha publisiti Wanita DAP Johor, Marina ibrahim mendesak pemuda DAP Sarawak, DAPSY supaya meminta maaf berhubung tindakan mereka menampal pelekat tulisan cina pada papan tanda jalan tanpa mendapatkan kebenaran majlis perbandaran.
“Sebaiknya pemuda DAPSY Sarawak meminta maaf atas tindakan mereka.” – Marina ibrahim
Tambahnya, tindakan mereka itu bukan sahaja boleh dikategorikan sebagai vandalisme, tetapi telah mencetuskan salah faham dikalangan pelbagai rakyat Malaysia.
“Kena faham bahawasanya bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan iaini bahasa RASMI. Untuk apa risau akan pelancong? Salah satu tujuan melancong adalah memahami budaya dan bahasa masyarakat tempatan. Pastinya mereka boleh membaca dan dalam masa sama fahami bahasa kebangsaan sesebuah negara yang unik dan berbeza di setiap negara.”- Marina ibrahim
Pada satu hantaran lain, beliau turut mendendangkan lagu klasik “Bahasa Jiwa Bangsa” sambil berkempen menggunakan bahasa kebangsaan.
Semalam, DAPSY Sarawak telah menampal pelekat tulisan cina di tiga jalan utama di bandar Kuching iaitu di tiga jalan utama di bandar Kuching iaitu Jalan Main Bazaar, Lebuh Wayang dan Jalan Greenhill.
Tindakan mereka itu semalam mendapat kecaman warganet di laman facebook DAP yang rata-ratanya menyifatkan tindakan pemuda DAP Kuching itu sebagai vandalisme dan tidak berpatutan.
Seyn Jukey Ini vandalisma. DAP kan parti politik, kenapa ambil alih tugas PBT? Adakah DAP lagi besar dari perlembagaan dan undang-undang?
Afzal Zainal Rddz : Lol.. most of the road name hanya perkataan ” jalan ” sahja in malay. The rest of the road name in english.. itupun tak puas hati mau letak full chinese words ka? Sudah 2020 masih tak reti guna google translate ka?
Brown Bob Jay Jgn mengbangkitkan ‘The silent Majority Dayak & malay’ yg tgk perangai DAP.. sudahlh berik betis, mahu Paha pulak
Fernandez Rudy Nyeng You should put bahasa iban because iban is the majority. Bahasa Melayu because that is our national language, english because it is the international language. But, mandarin? For what valid reason? Kuching belongs to all races, as far as I know.
Thalmiah Karim I think coz they are primitif, never go to school thats why they cannot read in bahasa. Which caves they are comming from?
Menurut laman facebook DAP Sarawak itu, pelekat tulisan cina itu diletakkan kerana “atas beberapa sebab ia telah dibuang oleh majlis perbandaran”.
Sarawak akan berdepan dengan pilhanraya kecil negeri pada bila-bila masa. Tindakan pemuda DAP ini dilihat pengkritik sebagai usaha parti politik tersebut untuk mengekal dan menambahkan sokongan di kalangan pengundi berbangsa Cina pada pilihanraya negeri yang akan diadakan kelak. – Buletin TTKM-