Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenakan kompaun RM1,000 kepada Menteri Perusahaan Ladang dan Komoditi, Dr Khairuddin Aman Razali.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan KKM, ia setelah Khairuddin didapati bersalah menurut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).
“Khairuddin telah pulang dari Turki pada 7 Julai 2020. Sampel asopharyngeal swab petama telah diambil pada hari yang sama dan dia didapati negatif. Ujian saringan Covid-19 kali kedua dan ketiga juga menunjukkan keputusan negatif.
“Oleh kerana Khairuddin gagal mematuhi peraturan di bawah Akta 342, Pegawai Diberi Kuasa (PDK) telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,000 kepadanya pada 7 Ogos 2020 dan dia telah menjelaskan kompaun tersebut,” kata kenyataan tersebut.
KKM kompaun Khairuddin RM1k.

KUALA LUMPUR, 4 Ogos -- Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ketika hadir pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) di Bangunan Baharu Parlimen hari ini. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA