“Menteri ‘Pengkhianat’ pun ada minta tender ‘direct award’ dari saya!” – Lim Guan Eng.

Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng mengakui kerajaan PH terdahulu ada mengamalkan rundingan terus lalu mencabar Tengku Zafrul supaya mendedahkan senarai penuh tender secara langsung (direct award) yang dilakukan oleh tiga kerajaan iaitu  PH, PN dan BN.

“Jangan sembunyi dan sorok-sorok. Kita tengok nanti siapa yang kantoi. Tengok kroni-kroni siapa yang dapat projek.”

Beliau juga mempersoalkan sama ada menteri kewangan takut untuk mendedahkan senarai tersebut  kerana mendakwa akan terbongkar bahawa PM dan beberapa menteri ada meminta tender diberikan secara rundingan terus dari beliau.

“Atau takut kalau terbongkar nanti bahawa YAB Perdana Menteri dan Menteri-menteri “Pengkhianat” pun ada minta tender “direct award” daripada saya semasa menjadi Menteri Kewangan. Jangan suka baling batu sembunyi tangan. Berani kerana benar.”

Tambahnya, kerajaan PH terdahulu  mengamalkan tender terbuka, tetapi pengecualian diberikan tertakluk kepada syarat tertentu dan berkata ia melibatkan keputusan kabinet dan semua prosedur dipatuhi.

Semalam, Mohamed Azmin Ali berkata kabinet tidak dimaklumkan mengenai 101 projek yang diberikan secara rundingan terus itu.

Kita ada menteri kewangan memberikan butiran bukti yang jelas bahawa di zaman PH pun berlaku perkara yang sama. Jumlahnya RM6 bilion dan tidak betul YB Bagan (Lim) kata kabinet tahu. Mana ada pembentangan senarai projek!” – Azmin Ali.

Janji #23 manifesto Pakatan Harapan menetapkan supaya “akan memastikan sistem tender terbuka digunakan dengan meluas dan telus, terutamanya untuk projekprojek besar.”

Pada oktober 2018, Lim Guan Eng yang ketika itu menteri kewangan mengumumkan tiada lagi projek rundingan terus membabitkan projek Kerjasama Awam Swasta.

Perkara tersebut turut diulangi oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir pada julai 2019 yang berkata “tiada lagi perolehan, tawaran projek dibuat melalui rundingan terus, 100% melalui tender terbuka”

Sementara itu, SPRM mengesahkan menerima memorandum dari NGO yang berhubung isu tersebut dan berkata kajian akan dilakukan untuk menentukan sama ada wujud elemen rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

“SPRM akan mendapatkan senarai 101 projek daripada Kementerian Kewangan yang dikatakan diberi secara runding terus semasa pemerintah kerajaan terdahulu. Satu kajian menyeluruh akan dibuat bagi menentukan sama ada wujud unsur-unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa berhubung perkara ini.” – SPRM

– Buletin TTKM-

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.