Kenyataan Media.
SPRM KAJI ELEMEN RASUAH TENDER RUNDINGAN TERUS
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima beberapa memorandum daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini berhubung isu pemberian 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus.
SPRM akan mendapatkan senarai 101 projek daripada Kementerian Kewangan yang dikatakan diberi secara runding terus semasa pemerintah kerajaan terdahulu. Satu kajian menyeluruh akan dibuat bagi menentukan sama ada wujud unsur-unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa berhubung perkara ini.
Sehubungan itu, SPRM menggesa semua pihak untuk memberikan ruang kepada suruhanjaya ini untuk meneliti perkara berkenaan.
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
25 OGOS 2020