Penilaian Ketua Audit Negara buktikan PH letak TH dalam bahaya

Oleh : Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Selepas lebih setahun tertangguh, akhirnya laporan kewangan 2018 Tabung Haji dapat dibentangkan. Alhamdulillah, dapatan Ketua Audit Negara (KAN) dalam laporan beliau telah membuktikan kebenaran kita selama ini. Ia membuktikan bagaimana dasar2 bodoh PH telah meletakkan Tabung Haji di dalam risiko yang tidak sepatutnya.

(laporan kewangan 2018 penuh boleh muat turun di sini :   – Editor )

Pertama didalam lorekan merah di bawah, jelas Ketua Audit Negara mengatakan bahawa sukuk yang diterima oleh Tabung Haji sebenarnya tiada penarafan, tidak boleh diniagakan, tidak boleh dipindahmilik dan merupakan unsecured zero coupon (berisiko tinggi)

Kedua, pada lorekan hijau pertama, terbukti bahawa keuntungan RM1.6 bilion pada 2018 yang dibangga-banggakan oleh PH sebenarnya bukanlah keuntungan hasil perniagaan normal. Sebaliknya RM1.39 bilion datang daripada pindahan aset melalui sukuk UJSB tersebut (keuntungan tidak nyata). Maknanya duit tak dapat pun lagi!

Keuntungan hasil perniagaan normal (keuntungan nyata) yang telah diperolehi hanyalah RM210 juta. Kalau sesiapa mengikuti live antara saya dan Dr Asyraf Wajdi Dusuki baru2 ini, kami sebut bagaimana tak logik langsung sebuah institusi yang mempunyai aset sebesar RM70 bilion tetapi hanya mampu menjana RM210 juta melalui perniagaan normal.

Tapi kami dituduh penipu. Siapa penipu sekarang?

Ketiga, ini paling teruk. Tengok lorekan hijau kedua. Ketua Audit Negara sendiri tidak mampu pastikan bahawa Tabung Haji akan dapat menerima bayaran sukuk tersebut pada masa yang sepatutnya!

Apa maksudnya? Maksudnya Ketua Audit Negara sendiri tak yakin dengan kemampuan UJSB sama ada melalui kekuatan kewangan ataupun model perniagaannya bagi membayar hutang kepada Tabung Haji.

Kalau Ketua Audit Negara sendiri tak yakin, yang PH konfiden sangat buat model perniagaan bodoh macam ni pasal apa?

Apa yang akan berlaku jika kebimbangan Ketua Audit Negara ini menjadi nyata? Apa yang akan berlaku kepada Tabung Haji jika UJSB akhirnya tidak mampu menunaikan bayaran hutang pada masanya?

Inilah bala dan kerosakan hasil daripada tangan-tangan yang akan dihisab di Hari Pembalasan!

—-
Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM. Beliau merupakan Fellow Centre for Research and Human Development (CERAH)- Editor.



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: