“Ini helah bagaimana PH ‘kurangkan’ kos projek Naik Taraf Landasan Berkembar” – Najib Razak

Oleh : Najib Razak

Soal wujudnya penyelewengan dalam direct nego 101 projek, kita serahkan pada SPRM tapi apa yang saya mahu ceritakan ialah mengenai projek infrarakyat KVDT fasa 2 yang merupakan kos terbesar 101 projek tersebut.

Cerita ini jelas membuktikan penipuan dan kegagalan PH yang akhirnya menyusahkan jutaan Rakyat dan merugikan negara.

Projek Naik Taraf Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) merupakan projek kritikal untuk menaik taraf perkidmatan KTM Komuter yang didilaksanakan oleh KTMB secara berperingkat supaya lebih banyak tren boleh digunakan atas landasan yang sudah 25 tahun lamanya.

118239966_10157314761455952_8899202077738766102_n

Projek juga dilaksanakan untuk meningkatkan keselamatan KTM Komuter dan tren lain supaya tidak lagi berlakunya masalah tren tergelincir.

“Tren KTM Komuter tergelincir, waktu perjalanan alami gangguan”
https://www.hmetro.com.my/tren-ktm-komuter-tergelincir-wakt…

Selepas projek siap, KTM komuter mampu berjalan lebih pantas, lebih selesa, lebih tepat masa, lebih selamat dan masa untuk tunggu tren akan lebih pendek.

Namun, kerja naik taraf ini adalah amat rumit kerana kerja menukar dan mebina laluan berkembar perlu dilakukan ke atas landasan yang ber-elektrik yang tidak boleh ditutupkan sepenuhnya kerana KTM Komuter sentiasa perlu berjalan.

Sebab itu, mesin dan peralatan yang amat khusus perlu digunakan.

Tidak semua syarikat memiliki peralatan ini kerana ianya mahal dengan harga ratusan juta Ringgit dan hanya digunakan untuk tujuan ini.

Dengan izin, peralatan ini sangat “specialized”.

Sebab itu kerajaan BN dahulu memberi peluang kepada syarikat usaha sama antara syarikat Dhaya Maju dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk melaksanakan projek pilot fasa pertama yang melibatkan hanya jarak jarak 42km dari Rawang ke Salak Selatan dan Sentul ke Simpang Batu serta menaik taraf 10 stesen atas landasan tersebut.

Ianya juga bertujuan untuk memberi peluang kepada LTAT untuk menjana sedikit lebih pendapatan supaya dividen LTAT tak sangat rendah seperti 2.0% (2018) dan 2.5% (2019) bawah PH.

Projek fasa 1 bermula pada akhir tahun 2016 dan dijangka siap pada bulan Januari 2019.

Pada masa PH mengambil alih kerajaan selepas PRU14, projek fasa 1 sudah 60% selesai.

Memandangkan fasa 1 sedang disempurnakan dengan baik masa itu dan keperluan untuk mempercepatkan kerja menaik taraf perkhidmatan KTM Komuter, keputusan untuk memberi fasa 2 kepada syarikat yang sama telah dibuat kerajaan BN dahulu sebelum PRU14.

Namun PH menggangu projek tersebut selepas PRU14 kerana tuduh projek ini adalah projek songlap maka projek telah terlambat.

(Bagaimanapun sepanjang masa PH menyiasat, tidak pernah ada sebarang tuduhan atau dakwaan bahawa projek ini ada unsur rasuah)

Fasa 1 yang sepatutnya siap pada tahun 2019 telah dilambatkan ke Januari 2020.pada mulanya dan akhirnya ke Januari 2021 seperti diumumkan Menteri PH pada awal tahun ini.

“3 Jan 2020: Delayed: Phase 1 of KVDT project to be completed early 2021”
https://www.malaysiakini.com/news/506995

Projek fasa 2 (yang sudah 3 peratus siap pada masa PRU14) juga telah dibatalkan oleh PH dengan alasan kos terlalu mahal, tempoh 7 tahun diberi terlalu lama dan projek diberikan secara rundingan terus.

“Sept 2018: Kontrak bina KVDT fasa 2 dibatal, tender terbuka akan dilaksana”
https://malay.ava360.com/kontrak-bina-kvdt-fasa-2-dibatal-t…

Walaupun PH berjanji akan membuat tender terbuka untuk projek fasa 2, ianya tidak pernah dibuat.

Selepas lama mengkaji dan mendapati tiada pilihan lain, kerajaan PH pun memberikan projek fasa 2 semula melalui rundingan terus kepada syarikat JV yang sama hampir setahun selepas ianya dibatalkan PH.

“Julai 2019: Projek KVDT Fasa 2 diteruskan, kos kurang 15 peratus”
https://www.hmetro.com.my/tren-ktm-komuter-tergelincir-wakt…

Projek diberi kepada syarikat yang sama dengan tempoh masa 7 tahun yang sama dan juga secara rundingan terus walaupun PH dulu menggunakan semua faktor ini sebagai alasan unuk membatalkannya.

Kos yang kononnya diturunkan 15% pun menipu kerana ianya bukan kerana kos pembinaan menurun tetapi melalui mengurangkan skop dan memindahkan kos kepada projek lain.

“(Bagaimanapun), terdapat beberapa skop kerja kurang penting telah dikurangkan termasuk projek menaik taraf 10 stesen di sepanjang laluan berkenaan yang akan dikendalikan oleh Perbadanan Aset Keretapi.” kata Loke.
https://www.bharian.com.my/…/kos-fasa-kedua-naik-taraf-kvdt…

Korang kurangkan kos dan pindahkan skop projek untuk ditanggung projek lain, tentulah kos turun. Tapi akhirnya kerajaan masih perlu bayar.

Lagi parah ialah projek KVDT2 ini memberi impak kepada perkhidmatan dan pendapatan KTMB selagi projek tidak siap.

“KERETAPI Tanah Melayu Bhd (KTMB) targets to raise its non-fare income to 30% from the current 3%, in the wake of declining ridership figures due to the Klang Valley Double Track (KVDT) project. This has caused infrequent schedules and delays of KTM Komuter, which subsequently slashed the number of its users from 136,000 daily, or 50 million in 2015 to 32 million annual passengers in 2018.”
https://themalaysianreserve.com/…/ktmb-to-focus-on-non-far…/

Akhirnya, apa yang negara dapat dari kegagalan PH?

Jutaan Rakyat perlu menunggu dua tahun untuk perkhidmatan KTM Komuter dan stesen keretapi lebih baik dan selamat.

Transformasi pengangkutan awam Lembah Kelang bersepadu untuk mengurangkan kesesakan trafik juga dilambatkan dua tahun.

KTM Komuter perlu menanggung kehilangan pendapatan 40% sepanjang masa projek KVDT tidak siap.

Pendapatan dan dividen LTAT kepada pesara juga terjejas selama dua tahun.

Kos yang ditanggung kerajaan tetap sama kerana dipindah ke projek lain..

Rakyat, KTMB dan negara akhirnya rugi dan disusahkan kerana PH gagal.

Paling lawak ialah selepas semua kegagalan di atas itu, PM7 dan Menteri PH kata projek dan syarikat pemenang itu baik sebenarnya, boleh eksport kepakaran ke luar negara.

“13 Jan 2020: Dhaya Maju teroka peluang eksport kepakaran ke luar negara”
https://www.bharian.com.my/…/dhaya-maju-teroka-peluang-eksp…


Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM. Penulis merupakan bekas perdana menteri dan bekas menteri kewangan- Editor.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.