Isu anak ditahan di pub: Saya ikut kenyataan PDRM saja. Lain saya tak layan.

Felda Besout 27 Ogos: Bekas menteri besar Kedah, Mukhriz Mahathir  berkata tidak akan melayan kenyataan pihak-pihak lain di luar kenyataan rasmi PDRM.

“Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak-pihak lain yang tidak berkenaan di luar daripada kenyataan rasmi PDRM saya tak layan kerana kita tahulah tiga campur empat boleh jadi dua belas.”

Beliau berkata demikian susulan terdapat laporan media yang mendakwa anaknya berada dalam keadaan mabuk ketika ditahan polis dalam satu serbuan pada jam 1.20 pagi di pub dekat TTDI pada 22 Ogos lepas.

Terdahulu bekas timbalan presiden Bersatu itu mengesahkan anak perempuan dan menantunya ditahan polis kerana melanggar perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

Bercakap kepada media, bekas timbalan presiden Bersatu itu juga  berkata beliau kecewa kerana kedua-duanya telah melanggar PKPP dan mereka wajar didenda maksimum sebanyak RM1,000.

“Anak dan menantu saya telah dibawa ke balai bersama dengan 27 orang yang lain di atas kesalahan melanggar curfew PKPP , dan mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh PDRM KL mengikut undang-undang yang berkaitan mereka smeua dikenakan kompaun RM1000 dan semua sudah bayar termasuk anak dan menantu saya” 

Saya dah pesan dah kepada kaum keluarga saya, musim PKPP ni, janganlah langgar, kerana kita mesti tunjuk contoh yang baik. Memanglah saya rasa kecewa kerana pelanggaran tetap berlaku, jadi kita dah beri teguran. Memang patutlah mereka kena kompaun,”

Beliau berkata demikan kepada wartawan di Felda Besout di Perak hari ini untuk berkempen bagi calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi pada pilihan raya kecil Slim.

Hari membuang undi  bagi PRK berkenaan adalah  pada sabtu ini, 29 Ogos. -Buletin TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.