Itu projek BN: “4 projek rundingan terus di bawah MITI berlangsung sebelum PRU 14” – Ong Kian Ming

Kuala Lumpur, 27 Ogos: Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) , Dr Ong Kian Ming mendakwa empat projek bernilai RM8.2 juta, yang merupakan 78% dari RM10.4 juta yang disenaraikan sebagai projek rundingan terus di bawah MITI seperti yang didedahkan Tengku Zafrul semalam, adalah projek kerajaan Barisan Nasional yang berlangsung sebelum PRU 14.

Beliau yang juga ahli parlimen DAP Bangi itu  kemudian berharap supaya kementerian kewangan menyemak kembali senarai tersebut dengan berhati-hati.

“Saya terkejut apabila MITI tersenarai (dalam senarai 101 projek rundingan terus) kerana saya tidak pernah diundang untuk acara-acara ini yang dikatakan berlangsung ketika zaman PH, kini saya tahu cerita sebenarnya. “

Beliau kemudian menyenaraikan keempat-empat projek tersebut serta pautan sebagai bukti.

  1.  RM545k yang dibelajakan untuk Young CEO Summit 2018 berlangsung pada bulan mac 2018, sebelum PRU14. –

3

2. RM5.999 juta untuk acaraHimpunan Usahawan Bumiputra berlangsungs pada bulan mac 2018.

2

3. RM999k yang dibelanjakan untuk Jom Niaga Utara berlangsung pada Jan 2018.

halal

4. RM632k dibelanjakan untuk acara MINI SDSI (Satu Daerah Satu Industri) berlangsung pada bulan mac 2018.

4

-Ong Kian Ming

Ong Kian Ming berkata demikian melalui beberapa ciapan di akaun twitternya.

Semalam, Tengku Zafrul mendedahkan senarai 101 projek yang diberi secara rundingan terus oleh kementerian kewangan sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan bernilai RM6.61 bilion.

Janji #23 manifesto Pakatan Harapan menetapkan supaya “akan memastikan sistem tender terbuka digunakan dengan meluas dan telus, terutamanya untuk projek-projek besar.”

Pada oktober 2018, Lim Guan Eng yang ketika itu menteri kewangan mengumumkan tiada lagi projek rundingan terus membabitkan projek Kerjasama Awam Swasta.

Perkara tersebut turut diulangi oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir pada julai 2019 yang berkata “tiada lagi perolehan, tawaran projek dibuat melalui rundingan terus, 100% melalui tender terbuka” -Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.