Rundingan terus: “Saya tidak tahu” – Zuraida

PETALING JAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin berkata  2 projek rundingan terus bernilai RM170.79 juta  yang diluluskan oleh kementerian itu sewaktu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah di luar pengetahuannya.

Beliau memberi jaminan bahawa kementeriannya akan melakukan siasatan membabitkan isu yang didedahkan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam.

“Ingin saya tegaskan 2 projek yang diluluskan kepada KPKT, sewaktu saya menjawat tugas sebagai menteri semasa pentadbiran terdahulu dibuat di luar pengetahuan saya.

“Justeru, saya ingin memberikan jaminan bahawa KPKT akan melakukan siasatan membabitkan isu yang timbul,”

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dinaikkan di laman facebooknya pagi tadi.

 

Menurut senarai yang didedahkan Tengku Zafrul itu , dua syarikat yang mendapat projek rundingan terus di bawah KPKT tersebut adalah Bumi Segar Sdn Bhd (membina, mengoperasi dan menyelenggara stesen pemindahan sisa pepejal baharu di Taman Beringin bernilai : RM170,294,400.00)  dan Century Software (M) Sdn Bhd (Menyelenggara sistem kewangan dan perakaunan saga: RM501, 206.37) .

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.