Slim, 29 Ogos: Barisan Nasional mengekalkan kemenangan di kerusiĀ DUN Slim apabila keputusan tidak rasmi menunjukkan parti tersebut memperoleh majoriti besarĀ 10,897 undi..
Setakat jam 8.15 pm, calon BN, Zaidi Aziz mendapat 13007 undi manakala pesaing terdekat, calon bebas yang disokong parti Pejuang pimpinan Tun Dr Mahathir iaitu Amir Khusyairi cuma mendapat 2110 undi.

BN menyapu bersih kesemua 13 daerah mengundi termasuk undi pos dan undi awal.
Ini juga bermakna untuk pilihanraya kecil kali ini, BN mendapat jumlah undi yang lebih besar berbanding gabungan undi PAS dan Umno yang diperoleh pada PRU 2018.
(Jumlah undi yang diterima oleh UMNO (BN) dan PAS pada PRU lepas adalah 12,430 undi- editor)

Berita lanjut menyusul – Buletin TTKM-