Tidak Rasmi: BN menang besar di Slim sapu bersih semua daerah mengundi, undi awal dan undi pos

Slim, 29 Ogos: Barisan Nasional mengekalkan kemenangan di kerusi  DUN Slim apabila keputusan tidak rasmi menunjukkan parti tersebut memperoleh majoriti besar  10,897 undi..

Setakat jam 8.15 pm, calon BN, Zaidi Aziz mendapat 13007 undi manakala pesaing terdekat, calon bebas yang disokong parti Pejuang pimpinan Tun Dr Mahathir iaitu Amir Khusyairi cuma mendapat 2110 undi.

Keputusan tidak  rasmi, ehsan Malaysiakini. 

BN menyapu bersih kesemua 13 daerah mengundi termasuk undi pos dan undi awal.

Ini juga bermakna untuk pilihanraya kecil kali ini, BN mendapat jumlah undi yang lebih besar berbanding gabungan undi PAS dan Umno yang diperoleh pada PRU 2018.

(Jumlah undi yang diterima oleh UMNO (BN) dan PAS pada PRU lepas adalah 12,430 undi- editor)

Keputusan DUN Slim pada PRU 14, ehsan Undi.Info

Berita lanjut menyusul – Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: