DAP: Sudah tiba masa untuk Tun ‘tutup mulut’.

Slim, 30 Ogos: Naib Pengerusi DAP Perak, Abdul Aziz Bin Bari berkata parti baru Pejuang pimpinan Tun Dr Mahathir tidak mempunyai tempat berikutan hanya mendapat 13.69 peratus undi pada pilihanraya kecil Slim semalam.

Aziz yang juga Adun DAP Tebing Tinggi, berkata mungkin kini adalah masa bagi Mahathir ‘menutup mulutnya’. Ini kerana menurut beliau, masa depan adalah untuk sistem dua parti dan pengundi tidak berminat dengan kuasa ketiga seperti parti Pejuang pimpinan Tun Dr Mahathir, lapor Malaysiakini.

“Bagi saya masa depan adalah dengan PH, kita bercakap mengenai sistem dua parti.

“Saya rasa di Semenanjung, pengundi tidak berminat dengan kuasa ketiga sama ada Pejuang atau sebaliknya,” 

“Pengajaran yang boleh diambil dari Slim adalah tiada isu mengenai kuasa ketiga. Ini hanya akan memecah undi dan mengelirukan rakyat”

“Saya rasa ini merupakan tanda soal bagi konsep PH plus. Ketika menentang Umno dan BN, rakyat mahukan Pakatan Harapan, titik. Ringkas dan mudah,”

Sepanjang kempen PRK Slim tersebut, beberapa pimpinan PH turut turun padang membantu calon Pejuang antaranya dari Amanah, Mat Sabu, Khalid Samad, Mohd Nizar Jamaluddin dan Mahfuz Omar.

Manakala dari DAP pula adalah Anthony Loke (DAP), dan Chah Ling Kang (PKR) dilihat hadir serta beceramah ketika calon Pejuang diperkenalkan. Walaubagaimanapun, Datuk Seri Anwar Ibrahim  didapati tidak turun kempen membantu calon Tun Dr Mahathir.

Posting terakhir Datuk Seri Anwar semalam di laman facebooknya adalah pada jam 11 pagi, beliau dilihat sedang sibuk bermain bola sepak dengan cucunya.

“Lama tak main bola dengan cucu.” 

 

Pada PRK Slim semalam, Calon BN, Zaidi Aziz menang besar apabila memperoleh 13, 060 undi manakala calon Pejuang (melalui bebas) Amir Khusyairi hanya mendapat 2,115 undi, majoriti sebanyak 10,945 undi.

118314567_10158426408618592_9176720541129832490_o

BN menyapu bersih semua daerah mengundi termasuk undi awal dan undi pos serta berlaku peralihan undi  kepada BN yang sangat ketara di kalangan pengundi cina dan india.

Menurut bekas perdana menteri, Najib Razak , peningkatan undi kaum Cina dan India kepada calon BN pada pilihan raya kecil (PRK) Slim merupakan petanda positif kepada gabungan itu.

“Undi Cina dan India nampaknya semakin meningkat ke arah BN, dan ini satu petanda yang sangat positif, dan saya ucap terima kasih di atas perubahan sikap mereka,” 

Najib berkata, pengundi juga dilihat meluat dengan kempen Pejuang yang diasaskan Dr Mahathir Mohamad, yang menurutnya dilihat “terlalu peribadi” dan “nak membalas dendam.”

“Mereka (pengundi) dah dengar cerita ni, mereka dah tolak, mereka nak dengar siapa yang boleh bela untung nasib kebajikan mereka dari diulang balik, seolah-olah diratib terutama sekali nama saya, balik-balik itu,” 

-Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.