Khidmat 11 Tahun tapi diberi pampasan sebulan: Bekas PA Nga dakwa dianiaya

Taiping, 1 Sept – Bekas penolong pusat khidmat ADUN DAP Aulong Nga Kor Ming, Chin Huicy mendakwa beliau dipecat oleh majikannya tanpa sebab semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berikutan itu, beliau berkata kini beliau menghadapi kesukaran hidup apatah lagi perlu menjaga ibunya yang menghidap penyakit parkinson.

Menurut laporan Oriental Daily, beliau yang juga merupakan bekas Ahli Majlis Perbandaran Taiping, berkata khidmatnya ditamatkan setelah kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan Perak pada April 30.

Pada 29 Mei pula,  beliau  dipecat tanpa sebab sebagai seorang penolong di pusat khidmat ADUN DAP Aulong di bawah Nga Kor Ming.

Dalam satu sidang media, Chin yang ditemani ibunya dan beberapa penyokong berkata  beliau mula berkhidmat untuk Nga Kor Ming sebagai penolong khasnya pada tahun 2009.

“Dari tahun 2014 ke 2018, saya pernah juga jadi penolong bagi Adun Aulong yang sebelumnya. Setelah pertukaran kerajaan pada tahun 2018, saya kembali berkhidmat untuk Nga kor Ming. Selama ini saya berkhidmat untuk DAP Taiping kira-kira 11 tahun,”

Tambahnya lagi,  beliau hanya menerima pampasan sebulan gaji dari pusat khidmat DAP Aulong.

Pada bulan Julai, beliau telah membuat aduan pada Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) kerana menurut Akta Kerja 1955, majikan perlu memberi pampasan yang munasabah.

“Dua kali perjumpaan yang diatur oleh pihak JPPM, pihak pusat khidmat Aulong langsung tidak menghantar wakil untuk berbincang. “

Menyentuh mengenai ibu beliau, Chin berkata umur ibunya yang kini 62 tahun menderita akibat  penyakit parkinson.

Selepas dipecat, Chin  terpaksa melakukan kerja sambilan seperti menjual kuih dan durian di atas talian demi menampung kos perubatan ibunya kerana beliau merupakan anak tunggal.

“Saya perlu mencari kerja untuk membayar kos perubatan ibu saya, oleh sebab itu, saya tiada masa untuk menjaga beliau , dan terpaksa menghantarnya ke rumah orang tua.”

Selain aduan kepada JPPM, Chin juga menulis surat ke ibu pejabat DAP, mengharapkan bantuan, tetapi belum lagi ada perkembangan setakat ini.

Sementara itu,  Adun DAP Aulong , Nga Kor Ming berkata pemecatan Chin adalah mengikut prosedur yang sepatutnya dan bukannya satu penindasan.

Menurut laman web pengisytiharan harta SPRM ketika zaman kerajaan PH, Nga Kor Ming berpendapatan sebanyak RM101,160 sebulan.

Ini bermakna, selama 22 bulan PH memerintah, Nga Kor Ming mengumpul pendapatan sebanyak RM2.2 juta. -Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.