“SPRM halang saya masuk Sabah!” – Guan Eng

Oleh : Lim Guan Eng

Semalam saya telah sampai KK dan melepasi imigresen lapangan terbang KK, dengan diberikan pas lawatan sosial pada 11:54 pm. Kemudian, sudah hampir nak masuk kereta, seorang pegawai imigresen kanan telah datang minta saya masuk semula. Saya berikan kerjasama dan ikut ke pejabat imigresen.

Selepas menunggu 20 minit, saya tanya apa masalahnya? Mereka mendakwa bahawa SPRM telah meletakkan halangan untuk saya masuk ke Sabah. Ape ni? Bukankah ini kuasa kerajaan negeri Sabah?

Najib Razak yang didapati bersalah dan telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun, denda RM210 juta boleh masuk tanpa masalah. Zahid Hamidi yang sedang berdepan kes Mahkamah pun boleh masuk tanpa masalah.

Mengapa saya dihalang masuk ke Sabah? Ini lagi satu kes antara dua darjat, double standard kah?

Sedangkan ini kuasa kerajaan negeri dan bukan kuasa kerajaan pusat. Adakah ini satu lagi usaha campurtangan pusat terhadap hak dan kuasa negeri?

Akhirnya, selepas setengah jam, saya dibenarkan masuk semula ke Sabah.

Takpe lah, nanti saya akan tanya Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal, adakah beliau tak mau saya masuk Sabah?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.