“Tak betul!”: SPRM tak pernah sekat Guan Eng masuk Sabah

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki menafikan dakwaan Lim Guan Eng yang berkata beliau dihalang agensi tersebut  dari memasuki Sabah.

Sinar Harian memetik beliau berkata mungkin berlaku kekhilafan ketika Guan Eng tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, semalam sehingga menyebabkan Setiausaha Agung DAP tersebut ditahan kira-kira setengah jam.

“Itu mungkin berlaku sedikit kekhilafan kerana SPRM hanya membuat permohonan untuk menyekat Lim dari ke luar negara sahaja.

“Mungkin ada kekeliruan sedikit yang timbul di situ tapi saya tegaskan di sini, SPRM tidak pernah menyekat beliau untuk masuk ke Sabah,”

Terdahulu, bekas menteri kewangan itu dalam satu hantaran di facebooknya berkata beliau ditahan dari memasuki Sabah selama setengah jam.
“Semalam saya telah sampai KK dan melepasi imigresen lapangan terbang KK, dengan diberikan pas lawatan sosial pada 11:54 pm. Kemudian, sudah hampir nak masuk kereta, seorang pegawai imigresen kanan telah datang minta saya masuk semula. Saya berikan kerjasama dan ikut ke pejabat imigresen.

Selepas menunggu 20 minit, saya tanya apa masalahnya? Mereka mendakwa bahawa SPRM telah meletakkan halangan untuk saya masuk ke Sabah. Ape ni? Bukankah ini kuasa kerajaan negeri Sabah?

Najib Razak yang didapati bersalah dan telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun, denda RM210 juta boleh masuk tanpa masalah. Zahid Hamidi yang sedang berdepan kes Mahkamah pun boleh masuk tanpa masalah.

Mengapa saya dihalang masuk ke Sabah? Ini lagi satu kes antara dua darjat, double standard kah? – Lim Guan Eng

FB_IMG_1599021664451.jpg
Gambar kredit FB Lim Guan Eng. 
Menjawab hantaran tersebut, Najib Razak menyifatkan dakwaan Guan Eng itu hanyalah wayang untuk menghasut rakyat membenci kerajaan PN. Menurtu beliau,  pintu masuk ke Sabah dikawal kerajaan negeri yang dikuasai sekutu Guan Eng iaitu parti Warisan di bawah pimpinan Shafie Apdal.

“Wayang betul si Guan Eng ini untuk hasut rakyat benci kerajaan PN. Pintu masuk Sabah dijaga kerajaan Sabah – bukan kerajaan Pusat. Kerajaan pusat tak ada kuasa dalam hal pintu masuk antara negeri. Kerajaan Sabah kini di bawah geng korang.” – Najib Razak.

Lim Guan Eng ke negeri bawah bayu itu untuk berkempen menjelang pilihanraya negeri yang akan berlangsung pada  26 September ini. – Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.