Kuala Lumpur, 6 Sept: Kandungan
E-direktori bahagian pejabat timbalan menteri kesihatan 1, Dato’ Dr Haji Noor Azmi Bin Ghazali di laman sesawang kementerian kesihatan malaysia tidak dapat diakses dipercayai dipadamkan.
Hasil pemerhatian Buletin TTKM turut mendapati pull down menu untuk pejabat timbalan menteri kesihatan 1 kini juga tiada.

Terdahulu, tular di media sosial tangkap layar yang menunjukkan nama dua lelaki yang dikaitkan dengan timbalan menteri itu sehingga menimbulkan dakwaan amalan nepotisme.
“Mana satu ni? (klik gambar)
A) Kasih abang kepada adik.
B) Kasih adik kepada anak.
C) Kasih pakcik kepada anak buah.
D) Semua di atas”-Hantaran laman facebook TTKM
Encik Noor Azman Ghazali yang menjawat jawatan setiausaha sulit merupakan adik beliau manakala anaknya, Encik Muhammad Ubaidah bin Noor Azman yang menjawat jawatan setiausaha sulit kanan pula merupakan anak saudara timbalan menteri itu.
Satu portal berita, Malaysiapost mendakwa“perkara itu menjadi persoalan memandangkan kelayakan akademik SUSK berkenaan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) namun mendapat lantikan Gred 52 di kementerian itu, dan adakah perkara itu dibenarkan dalam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).”
Untuk rekod, Dato’ Dr Haji Noor Azmi Bin Ghazali merupakan Ahli Parlimen Bagan Serai yang melompat dari UMNO ke Bersatu. – Buletin TTKM-
1 Comment