DuBook Press mohon maaf tidak bayar royalti penulis.

Syarikat penerbit buku, DuBook Press yang terkenal dengan slogan “Liar dan Angkuh: hari ini  membuat permohonan maaf kerana tidak membayar royalti penulis di bawah naungannya.

Menurut satu kenyataan, DuBook  berkata isu royalti yang melibatkan semua penulisnya akan diselesaikan sebelum 1 Oktober 2020.

“Kami ingin memaklumkan bahawa perbincangan melibatkan isu royalti dengan semua Penulis sedang berlangsung. Pihak kami menyasarkan untuk isu royalti melibatkan semua penulis ini dapat diselesaikan sebelum 1 Oktober 2020 agar isu ini tidak perlu berpanjangan tanpa noktah oleh sesetengah pihak yang cuba menangguk di air yang keruh.”

Tambah kenyataan itu lagi, penulis yang masih belum dihubungi dan ingin berhubung terus  bolehlah menghantar emel ke dubookpress@gmail.com atau najib.anuar@gmail.com

Semalam,  Buletin TTKM melaporkan aduan penulis yang mendakwa tidak dibayar royalti oleh satu syarikat penerbitan selama beberapa tahun

“Team saya ada mengambil buku-buku dari terbitan mereka kerana tak membayar royalti tersebut yang tak tahu berapa. Jadi kami ambil tanpa ada membuat bayaran kepada pihak mereka sekitar tahun lepas 2019. Walau sehingga sekarang tiada siapa tampil menjelaskan penyata cetakan dan jualan, mereka juga tak ada minta duit buku yang kami ambil dari mereka.” – dakwa seorang penulis

Ditanya mengapa tiada tindakan undang-undang diambil terhadap syarikat tersebut, penulis itu berkata ia akan mengambil masa yang lama serta memerlukan jumlah wang yang banyak.

“Untuk saman: LOD – RM1k. Kemudian buka fail sekitar RM5-10k. Bicara semua dalam 30-45k setahun. Buang masa, buang duit dan boleh jadi tak dapat pun duit tersebut.” 

Isu tersebut hangat diperkatakan di media sosial sejak seminggu lepas, telah membuka ‘pandora box’ apabila lebih ramai penulis buku tampil dan mendakwa mereka menerima nasib serupa dari syarikat penerbitan tersebut.

Buletin TTKM difahamkan pemilik syarikat itu kini merupakan CEO di satu GLC berkaitan buku yang dilantik sewaktu kerajaan PH. Beliau dilihat cuba menjarakkan diri dari isu tersebut dengan mendakwa dirinya sudah meletakkan jawatan dari CEO syarikat itu 5 tahun yang lalu.

“Aku ulang sekali lagi, last jadi CEO , tahun 2015. 5 tahun yang lalu.” – kata bekas CEO syarikat itu pada satu komen di facebook.

Walau bagaimanapun, siasatan Buletin TTKM menerusi data SSM mendapati lelaki tersebut merupakan pemegang saham terbesar dan masih lagi memegang jawatan sebagai salah seorang pengarah.

Syarikat itu juga mendapat pembiayaan berjumlah RM2 juta dari MyCreative dan setakat ini statusnya adalah “unsatisfied” ( belum dilangsai).

Melalui satu penyata kewangan 2015 syarikat itu yang tular di media sosial, dinyatakan royalti yang tidak dibayar pada tahun 2015 sahaja adalah berjumlah RM192,422. Manakala imbuhan yang diberikan kepada pengarah-pengarah syarikat untuk tahun tersebut pula berjumlah RM256,500.

Sebelum ini,  pengganti CEO terbabit meminta “mana-mana penulis yang mempunyai persoalan tentang isu royalti supaya menghubunginya beliau melalui FB Messenger atau pun emel “

Tambahnya lagi, beliau kehilangan nombor telefon penulis yang tidak dibayar royalti berikutan telefon bimbitnya pecah.

“Elok juga kalau (penulis yang tidak dibayar royalti) boleh whatsapp aku. Sebab nombor dia aku dah hilang, handphone pecah dulu” kata pengganti CEO terbabit di satu komen di akaun facebooknya.

-Buletin TTKM-

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.