DAP padam video “Guan Eng mangsa fitnah no 1 di Malaysia”

Facebook, 12 September: Parti Tindakan Demokratik (DAP) hari ini memadam hantaran video propaganda  bertajuk “Lim Guan Eng mangsa fitnah no 1 di Malaysia” yang dinaikkan di laman rasmi parti tersebut.

Komen netizen pada hantaran itu sejak semalam rata-ratanya memerli setiausaha agung parti tersebut kerana menghasilkan propaganda murahan sedemikian.

Video berdurasi 24 saat itu turut memaparkan artis dan dua ahli sukan negara.

Pada babak pertama video itu, ditonjolkan  Dato Siti Nurhaliza dengan kapsyen “Siti Nurhaliza penyanyi no 1 di Malaysia”.

Babak kedua pula Nicol David dengan kapsyen “Pemain Skuasy no 1 di Malaysia”

Manakala babak ketiga adalah Dato Lee Chong Wei dengan kapsyen “Pemain Badminton No 1 di Malaysia”

Babak terakhir memaparkan Lim Guan Eng dengan kapsyen ” Mangsa Fitnah No 1 Di Malaysia” .

Video propaganda itu berakhir dengan mesej “INGAT! Jangan mudah percaya dengan mesej berbaur FITNAH!”

You do not have sufficient freedom levels to view this video. Support free software and upgrade.

Semalam, bekas ketua menteri Pulau Pinang itu, didakwa dengan dua pertuduhan  baharu melupuskan harta tanah kerajaan bernilai lebih RM208.7 juta secara curang kepada dua syarikat.

Beliau mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan bagi kesalahan melupuskan tanah kerajaan di Bandar Tanjong Pinang di Daerah Timor Laut itu yang didakwa berlaku pada 17 Februari 2015 itu,

Menurut pertuduhan pertama, satu daripada dua bidang tanah tersebut yang bernilai lebih RM135 juta didakwa dilupuskan kepada  syarikat Ewein Zenith Sdn Bhd

Manakala pertuduhan kedua adalah  sebidang lagi tanah bernilai lebih RM73.7 juta didakwa dilupus kepada syarikat Zenith Urban Development Sdn Bhd.

Pendakwaan di Mahkamah Sesyen Butterworth itu dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun maksimum, sebat dan denda.

Beliau sebelum itu tiba di Mahkamah Butterworth pada kira-kira jam 10:40 pagi ditemani bapanya, Lim Kit Siang, isterinya, Betty Chew dan peguam Gobind Singh.

Ini  merupakan pertuduhan keempat terhadap Lim Guan Eng semenjak kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada Mac lepas.

Pada 7 Ogos, Lim di dakwa di mahkamah sama bagi tuduhan meminta suapan bagi membantu sebuah syarikat dilantik melaksanakan projek jalan utama dan terowong di Pulau Pinang.

Pada 10 Ogos , Lim juga di mahkamah yang  sama dituduh meminta suapan RM3.3 juta bagi membantu syarikat Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dilantik untuk melaksanakan projek RM6.3 bilion itu.

Zarul merupakan pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd.

Manakala pada 11 Ogos, Lim kembali ke mahkamah sama bagi tuduhan mendapatkan rasuah RM372,009 bagi isterinya Betty Chew Gek Cheng.  -Buletin TTKM-

 

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: