Diserang ‘tentera bawang’: Laman FB Freemasons padam hantaran

Kuala Lumpur, 18 September: Laman facebook Freemasons memadam hantaran yang memaparkan logo organisasi tersebut disunting dengan meletakkan nama Allah di bahagian tengah, setelah diser@ng bertalu-talu oleh tentera bawang dari Malaysia.

Hantaran yang dipadam itu disertakan dengan ayat :

“Freemansory bukanlah satu agama tetapi ia merupakan persaudaraan orang beragama dari semua kepercayaan. Apa yang indah mengenai sentuhan lembut kami adalah kami boleh duduk bersama pada satu aras tanpa sebarang konflik. Ia benar-benar sesuatu yang sangat indah” .Laman FB Freemasons

Logo asal
Hantaran kontroversi yang dipadamkan.

Terdahulu, pemerhatian Buletin TTKM malam tadi di ruang komen hantaran itu mendapati beribu-ribu tentera bawang dari Malaysia melakukan ser@ngan sp@m dengan komen “Mak kau hijau” dan “Your mother is green”.

Ser@ngan tersebut membingungkan pentadbir laman terbabit lalu menaikkan komen berikut beserta tangkap layar yang kami dapati berasal dari urbandictionary.com

“Untuk mereka yang bukan rakyat Malaysia, kami berasa ingin tahu mengenai mak1an “Your mother is green”.
Kami belum pernah mengalami perkara seumpamanya, walaupun ia nampak pelik, tidak matang dan keanak-anakan.
Kami dengan sopan bertanya kepada mereka yang memak1 kami apakah maksudnya, tetapi mereka enggan beritahu. Setelah melakukan kajian, kami menemui perkara berikut:” – Laman FB Freemasons

Sementara itu, tentera bawang Malaysia masih meneruskan ser@ngan pada hantaran-hantaran lain apabila mendapati hantaran kontroversi itu telah dipadamkan, dengan meletakkan beberapa meme.

Meme yang paling popular pada ruang komen adalah logo Freemasons disunting dengan warna hijau berserta karikatur seorang tidak berbaju dari belakang dengan tiga longgokan berwarna coklat menyerupai tah1.

Freemasons, singkatan dari Freemansory merupakan persatuan rahsia bermula pada abad ke 15. Tidak dapat dipastikan sama ada laman facebook Freemasons ini merupakan laman facebook rasmi persatuan terbabit kerana cubaan menghubungi pentadbir laman facebook itu tidak dibalas.

Laman itu setakat ini mempunyai 678k pengikut dan mula dinaikkan di facebook pada 2010 dengan empat pentadbir. 3 daripadanya adalah dari UK, manakala seorang lagi dari Amerika Syarikat. -Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.