Shafie calon PM jika dapat sokongan lebih dari Anwar- Guan Eng.

George Town, 19 September: Shafie perlu diberi peluang menjadi perdana menteri pertama dari Malaysia Timur sekiranya Anwar gagal meraih sokongan bagi membentuk kerajaan, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

“Kami menyokong Anwar untuk mendapat jumlah itu, tetapi jika beliau tidak mampu, kami perlu memberi Shafie peluang dan penghormatan sewajarnya kepada PM pertama dari Malaysia Timur,”

Lim Guan Eng.

Beliau berkata demikan dalam satu wawancara dengan portal FMT.

Walaubagaimanapun, Lim menegaskan ahli Parlimen daripada gabungan itu yakin akan kemampuan seorang daripada calon untuk mendapat sokongan bagi membentuk kerajaan.

Tambah Ahli Parlimen Bagan itu, beliau dan Presiden Amanah Mohamad Sabu yang mencadangkan pemilihan Anwar-atau-Shafie pada Julai untuk menyelesaikan kebuntuan antara bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Anwar.

Beliau berkata ia hanya akan berjaya sekiranya semua ahli Parlimen PH menyokong rancangan itu.

Lim berkata beberapa ahli Parlimen tidak bersetuju dengan cadangan itu, dengan mengatakan PH harus mengikut rancangan yang dibuat sebelum pilihan raya umum 2018, yang menamakan Dr Mahathir untuk memimpin dan kemudian Anwar untuk mengambil alih.

Sebelum ini kemelut melanda Pakatan Harapan susulan kegagalan Tun Dr Mahathir menyerahkan kuasanya kepada Anwar Ibrahim selepas dua tahun.

Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan mengakibatkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang susulan parti beliau, Bersatu mengumumkan keluar dari gabungan yang diikuti dengan 10 ahli parlimen PKR pimpinan Azmin Ali pada Februari lalu.

Berikutan itu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyidin Yasin dipilih menjadi perdana menteri baru susulan gabungan baharu Perikatan Nasional bersama Barisan Nasional, PAS dan GPS berjaya mendapat sokongan majoriti ahli dewan rakyat setelah ditemuramah Yang di Pertuan Agong.

Anwar Ibrahim yang sejak 1998 gagal menjadi perdana menteri dikatakan berputih mata dengan peristiwa tersebut, malah tidak membantu parti baharu Tun Mahathir, Pejuang pada pilihanraya Slim baru-baru ini di mana calon parti itu yang bertanding bawah tiket bebas berlambangkan pokok kalah teruk di tangan calon Barisan Nasional dengan majoriti lebih sepuluh ribu undi -Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.